Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam tampil menjelaskan mengenai pekerjaannya apabila muncul pelbagai spekulasi sehingga mendakwa dirinya tidak bekerja.

Artikel Berkaitan: Aslam Doa Dijauhi Sifat Munafik & Riyak, Kongsi Video Takzirah Tentang Reda Dengan Ujian Allah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Bengang Diprovokasi – ‘Saya Tidak Faham, Saya Bagi Makan & Tempat Tinggal Cukup’

Penjelasan lanjut

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di Threads, seorang individu mempersoalkan pekerjaan Aslam apabila hanya melihat isteri-isterinya yang rajin berniaga secara siaran langsung.

Aku tengok siang malam, yang pertama dan kedua rajin buat siaran langsung.

Yang lelaki sampai ke hari ini jadi persoalan kerja apa.

Ciapan tersebut meraih perhatian tuan badan iaitu Aslam yang menyifatkan hal pekerjaan sebagai satu maklumat peribadi yang tidak perlu dikongsi secara umum.

Bagaimanapun, Aslam mendedahkan dia memilih untuk bekerja di belakang tabir sebagai pembantu kepada para isterinya.

Terima kasih atas keprihatinan netizen soal rumah tangga dan kehidupan saya.

Soal pekerjaan ini urusan profesional dan peribadi saya, tapi sampai jadi spekulasi tanpa fakta yang hanya memaparkan tahap pemikiran insan begini.

Awalnya saya bina kerjaya dari bawah, sejak diploma kumpul pengalaman, cuba bisnes, masuk bisnes keluarga, pernah buat duit sampingan menjadi pemandu e-hailing dan berniaga bersama isteri dari awal perkahwinan sampai sekarang.

Saya sedar diri saya yang penuh hina ini, saya lebih memilih untuk tidak menonjol ke hadapan dalam bisnes namun isteri yang mengurus dan menjadi wajah hadapan.

Saya tetap di belakang tabir untuk membantu isteri-isteri saya.

Sumber: Threads @aslambul