berita

‘Assamualaikum Baby Sefriel’ – Dr Say Shazril Timang Cahaya Mata Kedua

August 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, Dr Say Shazril memberitahu bahawa isterinya Dr Azura telah selamat melahirkan zuriat kedua mereka pada pukul 8.14 pagi tadi. Tahniah!

Artikel berkaitan: Kes Kematian Ibu Hamil Meningkat Masa COVID-19, Dr Say Tekankan Ambil Vaksin – ‘Saya Baca Pelbagai Alasan Antaranya Suami Tak Bagi …’

Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan

Baby Sefriel

Assamualaikum Baby Sefriel. Kepada yang terlepas live semalam, bini saya bersalin caesar hari ini disebabkan pakar kami memberitahu yang bini ada 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean) sebab long time back bini pernah ada major operation pada perutnya yang menyebabkan ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya. Jadi kami tak mahu ambil risiko itu dan kami pilih caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini. Ace dulu pun dilahirkan melalui emergency caesar sebab tali pusat menjerut lehernya.

Menurut Dr Say, isterinya telah selamat melahirkan anak kedua mereka menerusi kaedah caesar. Mengenai soal nama, mereka berdua sepakat untuk memberi nama Sefriel kepada bayi tersebut. Di samping itu, Dr Say turut menjawab persoalan netizen mengenai siapa yang sedang menjaga anak sulungnya iaitu Ace. Ujar Dr Say, Ace dijaga oleh keluarga mentuanya memandangkan dia memilih untuk menemani isteri tercinta di hospital kali ini.

Alhamdulillah 8.14pagi 18.8.21 bini sy @azuraabas selamat melahirkan our 2nd baby boy seberat 3.5kg & sepanjang 51.5cm. Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yg cukup istimewa ini. I am now a father of two! Tak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawak Sef balik nanti. Thank you so much for your warm wishes & du’a peeps! aya terlepas waktu Ace lahir dulu maka kali ni saya takkan terlepas Sef lahir.

Bercerita lanjut mengenai keadaan bayi dan isterinya, Dr Say menjelaskan semuanya berada dalam keadaan baik. Tambah Dr Say, dia bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan zuriat yang kedua ini. Buat mereka yang mendoakan urusan bersalin Dr Azura dipermudahkan, Dr Say membalas ucapan terima kasih.

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×