Saban hari kes kematian yang melibatkan ibu hamil kerap didengari sejak wabak Covid-19 makin mengganas. Salah satu punca utama adalah tidak mengambil suntikan vaksin. Oleh sebab itu, doktor selebriti, Dr Say berasa bertanggungjawab untuk menekankan betapa pentingnya pengambilan vaksin terutama untuk golongan yang sedang berbadan dua.
Kematian ibu hamil meningkat
Menurut Dr Say, sejak Januari 2021, negara Malaysia telah mencatat peningkatan kes kematian yang melibatkan ibu hamil setiap hari dan sehingga 9 Ogos sudah 43 kematian direkodkan.
Sepanjang tahun 2020 tiada satu pun kes kematian ibu hamil dilaporkan. Bermula Januari hingga Mei 2021, dua kes kematian dilaporkan setiap bulan kiranya 10 ibu hamil meninggal sepanjang lima bulan tersebut.
Jun 2021, 17 kematian dilaporkan yang mana 15 kes tidak menerima vaksin dan dua kes menerima satu dos vaksin. Kiranya dari 1 Julai hingga hingga 9 Ogos (tarikh laporan disiapkan), 43 kematian ibu hamil dilaporkan!
Tidak kah korang rasa peningkatan mendadak ini sesuatu yang membimbangkan? Tambahan lagi daripada 70 kematian ini, 53% kematian tiada komorbid. Doktor jangan la buat seram, saya minta maaf tetapi saya perlu kerana ini membimbangkan. Jadi apa yang saya perlu buat sekarang doktor?
Dapatkan diri anda vaksin
Tegas pemilik nama Muhammad Shazril Shaharuddin, perkara paling penting untuk mencegah daripada perkara tidak diingini adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin.
Pertama dan terpenting, dapatkan diri anda vaksin. Saya terpaksa ulang benda ini sebab saya baca pelbagai alasan ibu hamil tak dapat vaksin antaranya suami tak bagi sebab kalau isteri demam nanti siapa nak jaga anak? Mengarut! Anak tu tanggungjawab bersama bukan tanggungjawab isteri sahaja, dungu.
Kedua, patuhi SOP seketat-ketatnya, double mask atau N95, penjarakan fizikal dan kebersihan tangan. Ketiga, kalau positif Covid-19, wajib ke CAC tak kisah ada gejala atau tidak. Jangan bagi alasan ‘siapa nak jaga anak nanti?’, suami kan ada.
Suami pun fikir lah jauh, bersusah dahulu daripada kita kehilangan isteri tecinta kita. Sebab ibu hamil sangat terdedah terutamanya yang di trimester kedua dan ketiga. Ye vaksin tak mampu mencegah jangkitan Covid-19 tapi ia mampu mengurangkan hospitalisasi dan kematian. Tolong pergi dan dapatkan vaksin wahai ibu tersayang.
Dalam pada itu, Dr Say memberitahu kepada golongan ibu yang belum mendapat tarikh temu janji untuk rujuk hantaran yang telah dikongsikannya di mana Hospital Putrajaya ada menawarkan bantuan kepada individu yang belum mendapat suntikan vaksin.
Sumber: Instagram @say_shazril