berita

Astaghfurillahalazim Jangan Buat Lagi! – Prank Pegang Tangan Gadis Melayu, Daler Yusuf ‘Sound’ Adik

July 18th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

 

Dalam islam, aurat wanita sangat penting dan dijaga lebih-lebih lagi dengan lelaki yang bukan muhrim. Aurat wanita juga bukan sahaja pemakaian yang sempurna, malah bersalam, tepuk bahu, jentik telinga, apatah lagi memegang, memeluk dan sebagainya, ia merupakan perbuatan yang haram.

Seperti yang disiarkan dalam video dimana seorang pelakon yang baru meningkat naik iaitu Sherzod Yusof telah membuat satu prank. Prank tersebut dipanggil ‘gurau sentuh tangan’ dekat gadis melayu.

‘Gurau sentuh tangan’ – Gadis Melayu

Dalam video yang berdurasi selama 1 minit 47 saat dalam instagramnya itu telah menyasarkan gadis melayu untuk dijadikan prank. Prank itu berlaku disebuah mall dimana dia menaiki eskalator dan secara sengaja menyentuh tangan gadis melayu yang bersebelahan dengannya.

Terdapat reaksi terkejut daripada mangsa prank yang tidak menyangka disentuh oleh lelaki tidak dikenali secara tidak sengaja di tempat awam.

Ditegur oleh abang sendiri

“Astaghfurillahalazim. Jangan buat lagi! Bukan mahram,” kata Daler.

Video tersebut juga ditonton oleh abangnya sendiri iaitu Daler Yusuf. Secara tidak langsung, dia telah menegur tindakan adiknya secara terbuka di ruangan komen instagram.

Wow apabila awak bertindak menyentuh perempuan melayu okay aaa??? Untuk saya sekarang okay ????

Malah, Sherzod membalas komen tersebut dengan tidak berpuas hati dengan teguran itu dan mempertikaikan lakonan babak bersentuhan abangnya.

“Tapi bila saya berlakon dengan artis wanita, jika ada babak bersentuhan, saya akan minta keizinan terlebih dahulu. Bukan macam awak yang memegang tangan tanpa kebenaran mereka.

“Ini adalah untuk pengetahuan awak, ia adalah gangguan seksual. Mereka akan hak untuk saman!” tegas Daler.

Komen tersebut telah membuat Daler menjadi marah dan menegaskan bahawa tindakan adiknya boleh beranggapan sebagai gangguan seksual dan boleh disaman.

Sumber : mStar & sherzod_yusuf

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×