Pendatang baharu dalam industri iaitu penyanyi Asya’B meluahkan rasa syukur apabila dapat bekerjasama dengan penerbit terkenal Zul 2By2 dan Bajai bagi menghasilkan single sulung berjudul ‘Sayang Padamu’.
Artikel Berkaitan: Netizen Baru Tahu Zul 2By2 & Isma Ismail Sudah Lama Bercerai, Foto Bersama Pasangan Di Majlis Nikah Anak Jadi Sorotan
Artikel Berkaitan: Lagu Mana Yang Bakal Layak Ke Pentas AJL 36? Saksikan Muzik Muzik Separuh Akhir Malam Ini & Esok Untuk Ketahui Keputusan!
Sayang Padamu
Asya’B, 34, yang juga penulis lirik lagu ‘Sayang Padamu’ berharap karya tersebut dapat diterima baik oleh semua pendengar di Malaysia.
Saya sedang mengembara ke beberapa radio stesen untuk promo lagu single pertama ‘Sayang Padamu’.
Lagu itu telah disusun oleh Zul 2By2 dan Bajai bersama-sama dengan pemuzik lain seperti Jun (drummer), Yin (bassist) dan Jay Curgat (guitarist).
Saya juga masih lagi dalam perancangan untuk sambungan lagu ‘Sayang Padamu’.
Hasrat dan impian saya untuk meluaskan lagi dan melebarkan sayap di Malaysia diberi peluang, ingin memasuki industri seni di Indonesia, Brunei dan Singapura.
Mini konsert
Dalam pada itu, penyayi kelahiran Singapura ini merancang untuk mengadakan mini konsert buat peminatnya.
Saya dan team masih dalam perbincangan untuk melanjutkan konsert mini bersama artis-artis lain. Siapa artisnya? Kita kasi surprise!
Moga saya dapat bertemu dengan idola saya juga suatu hari nanti, insya-Allah.
Alhamdulilah, saya gembira sangat kerana sambutan di Malaysia ini amat luar biasa dan bersemangat untuk terus berkarya dan berseni semakin membara.
Terima kasih kepada semua rakan, penyokong dan peminat yang telah memberi saya kata-kata semangat.
Hasilkan lagu Zack Zakwan
Sementara itu, Asya’B yang bertugas sebagai guru besar akui gembira dapat bekerjasama dengan Anje Maya dan Zul 2By2 dalam menghasilkan lagu buat penyanyi Zack Zakwan.
Alhamdulilah, saya dapat berkerjasama dgn Anje Maya dan Zul 2By2 untuk menghasilkan lagu Zack Zakwan yang bertajuk ‘Rindu Dalam Diam’.
Lagu ini berjaya menyentuh hati pendengar. Jangan lupa untuk mendengar lagu ini di YouTube, Spotify dan digital platform yang lain.