Hari-hari makan ayam dan ikan pun kadang-kadang bosan juga kan? Apa kata hujung minggu ini, anda cuba pula 5 resipi sotong yang pasti membangkitkan selera anda sekeluarga.
Sekali sekala variasikan menu masakan di meja makan apa salahnya kan? No 5 paling admin suka! Jom cuba.
Sambal sotong
Masakan sambal sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain dihidangkan sebagai menu utama di meja makan, ada juga yang menjadikan sambal sotong ini sebagai menu tambahan ketika menikmati nasi lemak. Rasa pedas dan kenyal sotong pasti menambat hati semua orang. Bagi yang suka petai pula, anda juga boleh masukkan petai sebagai penambah selera.
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sambal-tumis-sotong
Sotong goreng telur masin
Antara menu masakan kegemaran bagi sotong mestilah sotong goreng telur masin betul tak? Sotong yang dimasak bersama telur masin ini selalunya menjadi kesukaan mereka yang tidak sukakan pedas, bagi yang mahukan pedas anda boleh masukkan cili mengikut citarasa masing-masing. Bau wangi daun kari pasti membangkitkan selera anda. Cubalah!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-telur-masin
Sotong goreng lada hitam
Bagi mereka yang sibuk bekerja pula, apa kata anda cuba masakan sotong goreng lada hitam ini. Bukan sahaja memerlukan bahan yang ringkas, cara masakan pun sangat mudah. Setengah jam dah siap!
Tetapi, sangat penting untuk anda pastikan sotong tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan liat. Selamat mencuba!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-lada-hitam
Asam pedas sotong
Kalau sebut sahaja asam pedas, pasti ramai membayangkan ikan pari, ayam atau pun daging tetel bukan? Kali ini, apa kata anda cuba pula sotong bagi mencipta sedikit kelainan.
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-sotong
Ketupat sotong
Jika anda ke Pantai Timur, memang tak sah kalau anda tidak cuba menu pencuci mulut popular iaitu Ketupat Sotong. Sama seperti ketupat biasa, pulut disumbat ke dalam perut sotong dan kuahnya sedikit manis.
Bagi yang nak masak sendiri, anda bolehlah cuba resipi ringkas seperti di bawah ini. Tak perlu ke Pantai Timur lagi!
Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ketupat-sotong-terengganu-style
Sumber : MyResipi