Pasangan suami isteri, Asyraf Khalid dan Tya Arifin menerima kecaman hebat daripada warganet susulan tindakan mengupas isu pergolakan rumah tangga aktor Fattah Amin bersama isteri, Nur Fazura dalam satu sesi podcast ‘Kata Kita’, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Asyraf Khalid Bidas Netizen ‘Perli’ Siti Nurhaliza Tak Ada Job Kerana Selalu Buat Live – ‘Tahun Ni Ja Berapa Banyak Konsert’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ayah Pilih Wanita Yang Tepat, Mak Iti Betul-Betul Korbankan Jiwa & Raga’ – Asyraf Khalid
Baru berjinak dalam dunia podcast
Ketika dihubungi OhBulan!, Asyraf menjelaskan podcast ‘Kata Kita’ baru sahaja diwujudkan oleh dirinya dan Tya bagi mengulas isu-isu semasa dan juga berita hiburan di Malaysia.
Ujar Asyraf, dia dan Tya memilih isu perceraian Fazura dan Fattah kerana topik itu hangat diperbincangkan di media sosial sejak minggu lalu.
Kebetulan pada minggu lalu, isu Fazura dan Fattah dibincangkan, jadi team saya mencadangkan untuk kita ulaskan juga tentang isu itu.
Tetapi selepas ambil pandangan daripada netizen dan orang ramai, saya fikir mungkin kurang sesuai untuk saya dan Tya ulas isu rumah tangga kawan-kawan selebriti.
Mengambil pengajaran atas kesilapan yang dilakukan, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid tidak akan mengulas lagi isu rumah tangga pasangan lain dan lebih memilih memilih konten yang sesuai serta bermanfaat.
Kami tak akan ulas tentang isu rumah tangga terutama yang negatif.
Ditanya mengenai soalan tidak takut ke sekiranya berbalik kepada rumah tangga sendiri apabila mengupas isu rumah tangga rakan selebriti, Asyraf hanya menjawab ‘doakan yang baik-baik buat rumah tangganya dengan Tya’.
Dalam pada itu, disoal macam mana boleh terdetik untuk membuat podcast ‘Kata Kita’, Asyraf, 32, secara ringkas menjawab, podcast tersebut dilakukan selepas ‘Apa Cerita Podcast’ mendapat sambutan yang baik daripada ramai pihak.
Kami pun masih baru berjinak-jinak dalam dunia podcast. Alhamdulillah, lepas Apa Cerita Podcast di terima baik, ramai yang cadang untuk saya buat podcast dengan Tya.
Kami masih dalam fasa yang awal dan mencuba untuk melakukan yang terbaik. Mohon semua beri sokongan dan beri tunjuk ajar serta pandangan agar kami boleh menambah baik.
Sebelum ini, menerusi podcast itu, Asyraf mengakui dia mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi.
Saya mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi dan Fattah pun menafikan hubungan dengan penggaya fesyen itu.
Bila keluar berita daripada pihak ketiga, itu saya rasa merosakkan situasi dan membuatkan Fattah yang mempunyai imej sangat baik tiba-tiba tercemar.
Bagi saya kalau benda itu betul pun, ia tak patut keluar. Bagilah alasan tak sekufu ke atau tak sehaluan ke?
Dia membuatkan orang terfikir pula adakah sebenarnya cerita ini dikeluarkan oleh Fazura sebab ada rancangan lain.. Ia dah jadi banyak spekulasi.