berita

Atas Permintaan Ramai, Perisa Limited Edition Cadbury Durian Kini Kembali!

September 25th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Tak dapat dinafikan bahawan Cadbury merupakan coklat kegemaran rakyat Malaysia. Perisanya yang pelbagai dari perisa original, perisa blackforest dan perisa berkacang membuatkan ia coklat yang paling ngam dengan citarasa orang Malaysia.

Paling best tentang Cadbury ialah mereka selalu mengeluarkan perisa limited editon dengan rasa premium! Antara yang menjadi pilihan ramai semestinya perisa Cadbury Durian dan ianya kini kembali untuk korang rebuti.

Peminat durian wajib cuba Cadbury Durian ni!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cadbury Malaysia (@cadbury_my) on

Gabungan Cadbury Dairy Milk yang terkenal dengan rasa coklat bermutu tinggi dengan raja buah-buahan menjadikan ianya perisa yang mengambarkan citarasa Malaysia.

Kalau korang risau rasa durian akan melebihi rasa coklat ternyata korang silap! Sebab Cadbury berjaya membuatkan rasa coklat dan rasa durian itu seimbang. Dan campuran crispy bits juga membuatkan coklat tu lebih menarik!

Ada rasa ranggup-ranggup, creamy chocolate dan durian. Fuh, memang terangka lagi-lagi bila cair di mulut. Kalau korang pencinta durian tapi korang tak rasa Cadbury Dairy Milk Durian ni memang rugilah!

Ada 3 saiz berbeza yang korang boleh cuba. Senanglah nak mengudap lepas ni!

Kalau dulu, Cadbury keluarkan perisa durian hanya satu saiz iaitu 165g dengan harga RM8.50, tapi kini mereka ada tambahan saiz lain tau! Korang boleh dapatkan Cadbury Dairy Milk Durian dengan size 40g (RM2.90) dan juga 100g (RM5.90)!

So, kalau korang macam nak cuba-cuba dulu bolehlah beli saiz yang lebih kecil. Tapi, admin guarantee mesti tak cukup punyalah untuk korang!

Beli cepat sebab Cadbury Dairy Milk Durian ada sampai 31 Oktober je tau!

Kredit gambar: Says.com

Jangan terlepas untuk rasa Cadbury Dairy Milk Durian sekarang. Tempoh pengelurannya kejap je tau nanti melepas korang kena tunggu la kalau Cadbury nak keluarkan lagi perisa ni. Disebabkan perisa unik ni sedap, Cadbury buat come back, jadi korang wajib cuba!

Maklumat lanjut korang boleh je check Facebook atau Instagram Cadbury Malaysia!

SKIP THIS AD ×