Selepas beberapa hari nama terpalit dengan kontroversi rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, akhirnya wanita bertudung iaitu Athira Yuhada tampil membuat pengakuan sebenar.
Artikel Berkaitan: Tulis Kat Bio IG ‘HR’, Wanita Didakwa Bekas ‘Girlfriend’ Hafidz Roshdi Titip Pesanan – ‘Kita Tutup Aib Orang …’
Sedar diri bodoh
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Athira meminta maaf secara terbuka kepada isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada dan dua cahaya mata mereka.
Akui Athira, dia seorang yang mementingkan diri apabila ‘tumpas’ dengan tindakan Hafiz yang cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu.
Katanya, punca hubungan mereka terjalin selepas simpati dengan masalah mental yang dihadapi oleh pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi.
Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar (anak Hafidz dan Syuhada).
Apa yang saya lakukan sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sedaya-upaya cuba mengelak.
Namun, akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mental yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa dilaluinya.
Saya akui insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini.
Walau bagaimanapun, Athira menegaskan hubungan dia dengan pelakon drama Bisik Bisik Gelora sudah lama berakhir.
Saya sudah lama tidak berhubung dengan Hafidz dan tidak akan berlaku lagi. Saya dengan rendah diri sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar.
Terdahulu, identiti ‘penyondol’ yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.
Hantaran yang tular itu memaparkan tangkap layar Hafidz berbalas mesej menggunakan panggilan ‘sayang’ dengan wanita berhijab itu menerusi WhatsApp.
Sekadar info, bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.