
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa bersalah selepas anaknya, Lyla Mulan Teh mengalami sedikit luka di bahagian muka kerana terjatuh dari buai.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Didik Anak Hidup Bersederhana, Tak Pandai Pakai Barang Berjenama – ‘Saya Bukan Lahir-Lahir Senang’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Berjaya Kurus, Usaha Bersenam Berbaloi – ‘Hampir Sama Macam Sebelum Ada Mulan’
Kesilapan diri
Menerusi Instagram Story (IGs), Atikah memuat naik foto memaparkan keadaan anaknya yang mengalami luka di bahagian hidung dan kening.
Ujar pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, kejadian itu berlaku disebabkan kesilapannya sendiri yang tersalah memasang buai.
Sebenarnya semua ini salah saya.
Suami saya tengok, rupanya (buai) salah pasang. Saya salah pasang, kemudian buai jatuh.
Saya dah guna buai ini untuk tiga bulan. Ini memang salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu.
Menerusi hantaran lain, pelakon drama ‘Cinta Tanpa Ganti’ memohon maaf kepada anaknya atas kesilapan itu.
Malah, dia turut menasihati ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memberikan perhatian kepada anak kecil meskipun dalam apa jua keadaan.
Mami (Atikah) minta maaf. Tak kira apa saja karenah anak, sentiasa pegang dia.
Jagalah bayi anda, mereka hanya membesar sekali seumur hidup.
Posting Atikah

Sumber: IGs Atikah Suhaime








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)