berita

Atikah Suhaime Masih Janggal Dipanggil Datin – ‘Tapi Saya Perasan Dalam Perniagaan, Orang Lebih Hormat’

April 17th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Atikah Suhaime

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mengakui dia sedang membiasakan diri dengan gelaran Datin selepas bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Pernah Dilabel Sombong Oleh Bapa Mentua – ‘Dia Ada Satu Aura’

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Seronok Masak Sahur Untuk 10 Orang, Netizen Puji Meriah Lauk Dah Macam Berbuka

Sedang biasakan diri

Atikah Suhaime

Menurut Atikah, dia masih berasa janggal dengan gelaran tersebut dan beranggapan tidak layak untuknya.

Bagaimanapun, hal itu telah memberikan motivasi kepadanya untuk berbakti semula kepada masyarakat.

Sebenarnya gelaran Datin itu ada buat saya rasa sedikit tertekan kerana bukan semua orang dapat gelaran tersebut.

Suami saya pula sudah melakukan pelbagai perkara dan usaha untuk memperoleh gelaran Datuk.

Saya bukan macam suami yang lakukan macam-macam. Ada kala rasa tidak setaraf dengan suami.

Lagi satu, gelaran itu juga memberikan satu motivasi untuk saya berusaha dan memberikan semula kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Atikah berkata gelaran tersebut turut memberikan pandangan berbeza oleh segelintir pihak terutama dalam urusan perniagaan.

Dipanggil Datin masih belum selesa. Lagi pula saya asal Singapura kan. Apa pun rasa seronok.

Kalau dengan kawan-kawan memang saya tak suruh mereka panggil Datin, tetapi dari sudut kerja di pejabat atau berjumpa dengan client patut guna gelaran itu.

Kerana saya perasan satu perkara terutama dalam perniagaan, bila ada gelaran Datin baru orang akan teruja dan terkejut. Untuk orang hormat.

Kalau sebelum ini mungkin orang pandang saya masih budak-budak, tetapi bila sebut Datin mereka layan lain. Lebih dengar pendapat saya.

Sekadar info, Atikah selamat bergelar isteri kepada Datuk Lokmah Teh pada 21 Januari lalu.

SKIP THIS AD ×