berita

Atiq Azman Berang Dilabel Budak Tahfiz Yang ‘Teruk’ – ‘Habis Itu, Pangkat Ustaz Yang Liwat?’

June 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, tindakan pelakon Atiq Azman memuat naik beberapa gambar yang mendedahkan auratnya telah menerima kecaman hebat netizen.

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

Artikel Berkaitan: Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

‘Bukan menghina’

Susulan itu, Atiq menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story (IG Story) berkata tidak salah untuk menegur dirinya, namun seeloknya dengan cara yang baik dan bukan menghina.

Pertama sekali saya nak cakap, terima kasih yang tegur saya. Tidak salah, dipersilakan. Cara nak tegur bukan tegur menghina, cakap orang macam tiada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa komen begitu?

Cara tegur seeloknya doakan yang baik-baik, ini tidak. Rasa diri bangga dengan cara teguran yang tak mencerminkan diri.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah sekali lagi menegaskan dirinya bukan individu yang menyukai golongan sejenis (LGBT) seperti yang didakwa segelintir pihak.

Kemudian, yang tekan kan LGBT sekali lagi, ini paling kelakar. Takkan aku nak tunjuk keliling aku perempuan, pastu mulut lancang juga. Nanti mula lah ‘eh la buaya mamat ini’.

Justeru, aktor berusia 23 tahun itu menekankan untuk menegur kesilapan seseorang dengan cara berhemah dan profesional kerana manusia sememangnya tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

Sebenarnya saya nak cakap dekat sini, bukan nak menggelupur, kau tengok artis lain berlambak, lepas itu tegur aku satu-satunya bekas tahfiz yang teruk. Habistu itu, pangkat ustaz-ustaz yang liwat semua itu?

Masing-masing ada salah, bukan nak cakap dosa tanggung masing-masing, tapi cara teguran itu tidak manis, jadi la profesional sikit.

Terdahulu, Atiq berkongsi beberapa foto ketika sedang bercuti di sebuah pusat perangingan popular, Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, foto berkenaan telah mendapat kecaman netizen gara-gara aktor itu mendedahkan bahagian depan tubuhnya yang sasa sehingga menampakkan pusatnya.

Menurut netizen, mereka berasa terkejut dengan tindakan Atiq memandangkan aktor itu sebelum ini sangat menitikberatkan soal aurat. Malah, dia juga difahamkan bekas pelajar sekolah tahfiz.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×