berita

‘Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

March 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara memiliki tubuh badan yang sasa dan wajah yang kacak, nama pelakon, Atiq Azman sering dituduh sebagai lelaki yang menyukai kaum sejenis (gay) oleh netizen.

Artikel berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay’

Artikel berkaitan: Individu Dakwa Raja Atiq Jalin Hubungan Sejenis Tampil Mohon Maaf, Janji Tak Buat Lagi

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’

Artikel berkaitan: Sering Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Individu Mulut Celupar

Benci dengan tuduhan sebegitu

Menerusi laporan Kosmo, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak suka dan benci dengan tuduhan sebegitu yang dianggap sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan dirinya.

Tambah Atiq Azman atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, dia memang menentang habis-habisan kelompok itu (gay) lebih-lebih lagi apabila dia dituduh tergolong dalam kumpulan mereka.

Saya tidak boleh terima bila orang tuduh saya menyukai kaum sejenis atau terlibat dengan aktiviti LGBTQ. Memang saya menentang habis-habisan. Saya mahu tegaskan memang saya tidak suka dan benci apabila dituduh gay.

Ujar Atiq lagi, dia terpaksa bersuara apabila netizen mula melemparkan tuduhan dan dakwaan terhadapnya secara berlebihan gara-gara berkongsi gambar menayang bentuk badannya di media sosial baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut, Atiq mengakui apa yang dia lakukan itu salah. Malah, pelakon drama ‘Nur’ ini terbuka menerima teguran yang diberikan kepadanya, namun menentang jika dilabel sebagai lelaki gay.

Saya mengaku salah berkongsi gambar badan. Saya terima teguran orang. Cuma saya tidak boleh terima bila dituduh gay. Saya boleh terima jika mereka (peminat gay) menyukai saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau lebih daripada itu, memang saya tidak suka.

Dalam pada itu, Atiq juga menepis dakwaan mengatakan dirinya sengaja mencari perhatian atau publisiti kerana menayang bentuk badannya dalam media sosial, sebaliknya hanya mengikut trend yang dilakukan oleh lelaki lain yang bersenam di gimnasium.

Bukan cari publisiti

Biarpun lantang menentang, Atiq tidak kisah dengan tanggapan golongan terbabit kerana menganggap apa yang disuarakannya adalah perkara benar.

Lantaklah apa nak cakap. Saya rasa tidak salah. Ada ramai lagi artis lelaki lain yang kongsi gambar sebegitu, tetapi kenapa tak kena kecam dan dituduh gay? Mungkin hanya sebab saya berwajah jambu dan bibir merah, jadi mereka anggap saya begitu.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×