Tindakan pelakon Atiq Azman memuat naik beberapa foto mendedahkan tubuh badannya di laman Instagram menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Ada Yang Batal Puasa Sudah’ – Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’
‘Nampak pusat’
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama lengkap Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dilihat sedang mengenakan pakaian jenis kemeja berwarna biru dengan berlatar belakang pemandangan pantai.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila aktor itu mendedahkan bahagian depan tubuhnya yang sasa sehingga menampakkan pusat.
Difahamkan foto tersebut dirakam ketika dia pergi bercuti di sebuah pusat peranginan terkemuka, Pulau Perhentian, Terengganu.
‘Dulu acah jaga aurat’
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas melihat gambar tersebut.
Menurut netizen, mereka tidak menyangka pelakon drama Nur itu bertindak memuat naik foto sedemikian memandangkan sebelum ini dia seorang yang sangat tegas mengenai penjagaan aurat
Dalam pada itu, ada juga segelintir yang memuji ketampanan wajah Atiq dan menyifatkan dia sebagai lelaki yang ‘macho’.
Untuk info, ini bukan pertama kali Atiq menerima keceman netizen apabila sebelum ini dia pernah berdepan situasi sama selepas berkongsi foto tubuh badannya ketika berada di pusat gymnasium.
Sumber: Instagram