berita

Atlet Badminton Indonesia Menang Emas, Ini Ganjaran Mewah Yang Mereka Terima Dari Wanita ‘Misteri’?

August 30th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Seorang gadis Indonesia bernama Maria Tobing telah berkongsi satu foto di Instagram Story dimana atlet badminton Indonesia bersama seorang wanita ‘misteri’ membeli belah di satu pusat beli belah di Indonesia, iaitu di Plaza Indonesia. Menurut Maria, wanita itu sangat gembira seterusnya membawa mereka membeli-belah sebagai tanda penghargaan kerana telah mendapat pingat emas tempoh hari.

Ganjaran bagi atlet Indonesia?

Menerusi media dari Indonesia, Kumparan, Maria serta seorang rakannya berada di pusat beli belah tersebut dan akui tidak tahu identiti sebenar wanita yang membelikan hadiah kepada atlet-atlet itu. Turut kelihatan atlet Indonesia seperti Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto, Kevin Sanjaya/Marcus Gideon dan Jonathan Christie.

Ketika Kumparan cuba menghubungi pihak servis pelanggan ‘kedai mewah’ mengenai berita tersebut, pihak berkenaan lebih senang untuk tidak berkongsi identiti pelanggan yang datang ke kedai mereka.

Sumber: Kumparan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×