Seperti yang korang tahu, negara kita kini sedang berusaha keras menjalankan proses vaksinasi diseluruh negara untuk mencapai imuniti kelompok (80%). Maka, penting untuk kita kekal positif dan jaga kesihatan sepanjang tempoh ini.
Oleh itu, WatsonsAjak bersama-sama dengan atlet negara, ada pesanan untuk korang agar kita terus kekal sihat mental dan fizikal selain, aura positf dapat disebarkan demi kebaikan semua.
Berseorangan kita kuat tetapi bersama-sama kita lebih teguh- Azlan Mubin
Menurut Azlan Mubin, atlet sepak takraw negara, situasi negara yang tidak menentu kerana pandemik Covid-19 telah menjejaskan kehidupan peribadi termasuklah kerjaya serta kualiti masa bersama insan yang tersayang. Namun begitu, penting untuk kita percaya bahawa semuanya akan kembali seperti sedia kala, cuma sedikit masa diperlukan.
“Mungkin ada di antara kita yang telah kehilangan pekerjaan dan perniagaan pula terpaksa ditutup, tetapi jadikanlah ini sebagai satu cabaran dan pembakar semangat untuk kita keluar daripada zon selesa dan memulakan sesuatu yang baru dengan usaha yang lebih keras”, tambahnya.
“Saya percaya kita boleh menghadapi situasi ini bersama-sama”.
Tindakan kecil, boleh membahagiakan- Jasmine Lai
Menitikberatkan pengambilan makanan dalam diet harian, penerjun negara Jasmine Lai menggalakkan kita untuk sentiasa tersenyum kepada semua orang. Hal ini demikian kerana, senyuman mampu membuatkan orang disekeliling kita berasa gembira.
Namun begitu, menurut beliau, senyuman yang manis dan sihat itu akan datang secara sendirinya apabila tubuh badan dan minda kita juga berada di dalam keadaan sihat. Oleh itu, penting untuk kita menjaga diet pemakanan harian terutamanya pada masa-masa begini.
“Untuk terus kekal sihat dan cergas, pengambilan makanan tambahan seperti minuman bernutrisi dan multivitamins adalah penting dalam diet pemakanan harian”, katanya lagi.
Kekalkan gaya hidup yang sihat & aktif untuk sebarkan aura positif- Fariha Razak
Bagi Fariha Razak pula, kekal sihat fizikal dan mental merupakan elemen penting sepanjang proses kuarantin. Aktiviti fizikal seperti bersenam sebenarnya boleh memperbaiki mood, boost tenaga sedia ada, buat tidur jadi lebih nyenyak dan dalam masa yang sama membantu mencegah penyakit yang tidak diingini.
“Sebenarnya banyak je cara untuk kita kekal aktif di rumah. Korang boleh je running, berbasikal dekat kawasan rumah, hiking or kalau nak lebih mudah buat je senaman aerobik atau dancing dekat rumah”, terangnya.
Percayalah kalau diamalkan, korang mesti akan sukakannya!
Amalkan pemakanan sihat & dapatkan penjimatan hebat sehingga 30% dengan Watsons HWB!
Kalau korang nak tahu, dengan mesej yang disampaikan oleh atlet negara itu tadi, Watsons ingin menjadikan korang semua untuk kekal sihat dan terus aktif.
Kebetulan pulak, untuk bulan ini, Watsons Health Awards Winning, (HWB) tawarkan diskaun sehingga 30% bagi produk kecantikan dan makanan tambahan untuk kesihatan seperti vitamin, supplement badan, mata dan kulit.
Macam yang korang tahu, mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat ni mudah je. Lakukan perubahan kecil dengan mengamalkan diet yang seimbang seperti tambahkan oat dan kacang sebagai sebahagian daripada diet harian korang.
Selain itu, teruskan bersenam dan jangan lupa untuk ambil protein dan vitamin tambahan. Ini juga penting bagi memastikan tubuh kita mendapat nutrisi yang mencukupi.
Jadi, kalau korang nak terus kekalkan kesihatan yang sihat dan aktif, amalkan pengambilan makanan tambahan secara berterusan untuk memperkuatkan lagi sitem ketahanan tubuh badan!
Lagipun kesemua makanan tambahan ini adalah alternatif terbaik untuk boost penghasilan sel baru dan menyingkirkan toksin daripada tubuh badan kita.
Jom sertai WatsonsAjak Push Up Challenge & peraduan Cook & Win Hearty Breakfast!
Bagi korang yang buntu dan tak tahu nak buat apa dekat rumah, apa kata korang sertai Watsons Push Up Challenge untuk peluang memenangi e-baucar bernilai RM100?
Sekurang-kurangnya dapat jugak kita gerakkan otot dan lancarkan lagi pergerakan darah dalam tubuh. Taklah kita bosan je terperuk dalam rumah. Mana tahu koranglah pemenang yang diorang cari!
Ha..kalau tadi kita dah sentuh bab kesihatan fizikal, kali ni kita nak sentuh bab pemakanan pula.
Sambil-sambil buat sarapan untuk diri dan keluarga dekat rumah tu, why not korang join juga Peraduan Nutrabliss by Watsons Cook & Win Hearty Breakfast. Ada hadiah wang tunai sehingga RM10,000 tau. Berikut ialah cara untuk korang sertai peraduan ini.
Langkah 1: Beli mana-mana produk dari rangkaian Nutrabliss.
Klik >>https://bit.ly/2TltgGK<< untuk membuat pembelian produk Nutrabliss
Langkah 2: Hasilkan sarapan berkhasiat korang dengan produk Nutrabliss dan muat naik di media sosial korang dengan hashtag #WatsonsMalaysia #OnlyAtWatsons #NutrablissbyWatsons #NutrablissHealthyBreakfast
** Pastikan post dalam tetapan “Public”
Langkah 3: Klik << https://bit.ly/3aT8HHQ << dan isi borang.
Kekal sihat, kekal bersih dan kekal terlindung sepanjang pandemik!
Justeru itu, pastikan diri korang sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan cergas sepanjang tempoh sukar ini. Jaga kebersihan rumah dan sanitasi tangan korang setiap kali menyentuh permukaan yang terdedah di tempat umum.
Lengkapkan diri dan rumah korang dengan produk essential seperti makanan kesihatan, pelitup muka, sanitizer, gel mandian dan produk pembersihan (rumah) yang boleh membunuh sehingga 99.9% kuman.
Jadi, jangan lupa untuk dapatkan semua keperluan penting tu di Watsons berhampiran korang atau melalui online di SINI.
Semoga kita terus kuat dalam menghadapi pandemik Covid-19. Jangan mengalah, sebaliknya cubalah untuk keluar dari zon selesa korang dan cabar diri untuk terus kekal aktif dan sihat.