Satu majlis perkahwinan Thailand pada 25 Nov lalu bertukar tragis apabila pengantin lelaki menembak mati empat orang, termasuk pengantin perempuannya, sebelum melepaskan pistol ke arah dirinya sendiri.
Tembak pengantin perempuan
Insiden tersebut berlaku pada 25 November lalu di sebuah kampung di daerah Wang Nam Khieo, di wilayah timur laut Thailand Nakhon Ratchasima. Suspek yang dikenali sebagai Chaturong Suksuk merupakan seorang altet renang dan menembak yang mewakili Thailand dalam Sukan Paralimpik.
Suspek dan pasangannya, Kanchana Pachunthuek telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin. Tetapi apa yang peliknya, pengantin lelaki (suspek) tidak kelihatan gembira di majlis perkahwinannya sehinggalah pada satu ketika, dia meninggalkan majlis tersebut sebentar.
Seorang meninggal dunia
Lebih mengejutkan ramai apabila suspek kembali semula ke majlis tersebut dengan memegang pistol sepanjang 9mm. Tidak lama selepas itu, suspek bertindak melepaskan tembakan terhadap pengantin perempuan, ibu dan adik perempuan isterinya.
Berikutan daripada kejadian itu, kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital dan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia.
Siasatan awal mendapati pasangan itu bertengkar semasa pesta itu. Saksi berkata pertengkaran disebabkan pengantin lelaki rasa tidak selamat kerana takut isterinya akan meninggalkannya untuk lelaki lain kerana kecacatannya.
Sekadar info, Encik Chaturong, bekas renjer separa tentera, kehilangan kaki kanannya dalam kemalangan semasa bertugas.
Sumber: The Strait Times