berita

Atok 72 Tahun Ditahan Polis, Mengaku Cabul Anak Jiran Umur 7 Tahun – ‘Tak Bersetubuh, Cuma Pegang-Pegang’

November 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang warga emas berusia 72 tahun ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang juga merupakan anak jirannya.

Artikel Berkaitan: Sukar Buang Air Besar, Remaja 14 Tahun Kantoi Hamil, Rupanya Selalu Buat Seks Dengan Budak Kampung

Artikel Berkaitan: Budak Lelaki 12 Tahun Kritikal Diperkosa Sepupu & Tiga Rakan, Alat Sulit Disumbat Batang Kayu

Atok 72 tahun cabul budak 7 tahun

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Makassar Kompas, perbuatan jijik warga emas dari Indonesia itu hanya terbongkar apabila rakan mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu mangsa. Si ibu yang terkejut dengan pendedahan itu kemudian mula bertanya kepada anaknya apa sebenarnya yang berlaku dan mangsa menceritakan perkara sebenar. Susulan daripada itu, si ibu tampil membuat laporan di balai polis.

Selepas menerima laporan, pihak polis mula menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada suspek, saksi dan juga mangsa. Pada awalnya, suspek tidak mengaku akan tindakannya namun setelah disoal siasat, suspek akhirnya mengaku melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa. Suspek mendakwa tidak melakukan persetubuhan dengan mangsa sebaliknya dia hanya ‘pegang-pegang’ sahaja.

Suspek bagaimanapun akan disiasat kerana melakukan pencabulan terhadap kanak-kanak di bawah umur dan jika didapati bersalah, suspek akan dipenjara selama lima hingga 15 tahun.

Sumber: Makassar Kompas

SKIP THIS AD ×