Sekadar gambar hiasan
Rahsia seorang remaja perempuan yang sarat hamil akhirnya terbongkar selepas dia mengadu sukar membuang air besar kepada ibunya ketika berada di rumah yang didiami mereka di Baling, Kedah.
Rahsia berbadan dua terbongkar
Sekadar gambar hiasan
Remaja yang juga merupakan pelajar tingkatan dua itu telah dibawa ke hospital namun si ibu akui sangat terkejut selepas doktor memaklumkan bahawa anak perempuannya itu sarat hamil dan bakal melahirkan anak. Difahamkan, selepas dua jam dimasukkan ke hospital, remaja berkenaan selamat melahirkan bayi perempuan. Sementara si ibu yang mengesyaki bahawa anaknya menjadi mangsa rogol nekad membuat laporan polis.
Hasil keterangan yang diambil, wanita terbabit memberitahu anaknya mengadu tidak boleh membuang air besar sebelum dia melihat darah turun di kaki remaja terbabit ketika berada di rumah mereka.
Dakwa wanita yang berusia 40-an ini, sejak tiga bulan lalu dia menyedari perubahan fizikal badan anaknya itu namun remaja berkenaan memberitahu perkara tersebut disebabkan berat badannya yang semakin naik. Bukan itu sahaja, wanita ini mendakwa pernah melihat cecair jernih di atas tilam tempat anaknya tidur namun remaja terbabit memberitahu dia terkencing.
Mengaku buat seks dengan budak kampung
Sekadar gambar hiasan
Hasil keterangan polis, remaja berkenaan mendakwa telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia 20-an yang tinggal di kampung yang sama dengannya.
Mangsa mendakwa dia ada melakukan hubungan seks dengan rela sebanyak tiga kali bersama dua lelaki terbabit sejak Februari lalu selepas mengenali mereka melalui rakan perempuan di sekolahnya. Remaja itu bagaimanapun mendakwa dia mengesyaki anak yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan seorang daripada lelaki terbabit kerana mendakwa mereka kerap melakukan hubungan seks selepas itu.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis masih mengesan suspek bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian