Selebriti dan pempengaruh terkenal Indonesia, Atta Halilintar akui tidak mudah menjadi seorang bapa kepada dua cahaya mata perempuan di usia yang masih muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atta Halilintar Terima ‘Lamaran’ Kidd Santhe Berkolabrasi Dalam Lagu ‘Mantap Cuy’ Bersama Saixse
Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Sedih Netizen Cakap Ameena Down Syndrome – ‘Hairan Dengan Ibu Suka Mengata Anak Orang Lain’
Cabaran bapa muda
Ketika ditemui OhBulan!, Atta, 29, berkata dia masih belajar untuk menjadi bapa yang terbaik untuk dua orang puterinya iaitu Ameena Hanna Nur Atta dan Azura Humaira Nur Atta.
Kata Atta, tanggungjawab menjaga anak perempuan sangat besar sehingga mereka mendirikan rumah tangga kelak.
Saya sangat senang (gembira) adanya Ameena dan Azura. Ramai yang bercakap mengenai mereka di Malaysia dan Indonesia. Saya masih banyak perlu belajar untuk menjaga anak perempuan.
Sebab anak perempuan ini tanggungjawab atas ayahnya sampai bernikah nanti. Memang saya tengah belajar jadi bapa yang baik untuk mereka berdua.
Memang bukan mudah, sebab saya pun masih 29 tahun. Masih daddy muda la. Jadi, saya akan terus belajar menjadi yang terbaik.
Atta berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu kolabarasi pertamanya dengan penyanyi rap Malaysia Kidd Santhe dan Saixse berjudul ‘Mantap Cuy’ di Flour, Fire & Stone, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ameena ramai peminat
Melanjutkan bicara, Atta akui Ameena sering mendapat perhatian orang ramai, justeru dia bersikap terbuka untuk berkongsi mengenai puteri sulungnya dalam media sosial.
Ameena ini dari lahir lagi, nenek dan atuk dia terkenal di Indonesia, jadi gambar dan video dia banyak dirakam.
Selagi orang mendoakan dan suka dengan Ameena, saya akan kongsikan. Kalau dulu posting di laman sosial orang bertanyakan tentang saya, sekarang setiap posting saya orang bertanya mana Ameena.
Orang mencari Ameena, memang Ameena mempunyai aura sendiri di Indonesia. Dia menjadi baby yang paling banyak orang doakan dan sayang.
Sementara itu, Atta turut memberitahu Ameena petah dan bijak berkata-kata kemungkinan disebabkan anaknya melihat apa yang dia lakukan setiap hari.
Mungkin dia tengok saya bercakap depan kamera, buat vlog dan sebagainya. Dia mungkin belajar dari situ. Saya tak berapa percaya dengan DNA kerana bagi saya DNA itu dari segi fizikal.
Tapi kalau anak itu melihat orang tuanya menyanyi, dia akan menyanyi juga. Apa saja orang tuanya buat, dia akan ikut.
Sekadar info, Atta mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aurel Hermansyah pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Ameena, 2 tahun dan Azura, 5 bulan.