Pempengaruh Indonesia, Atta Halilintar yang ketika ini berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan Haji turut sempat menunaikan ibadah korban pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Isteri Bersalin Cahaya Mata Sulung, Atta Halilintar Tempah Satu Tingkat Hospital Demi Keselesaan Isteri & Seluruh Keluarga
Tumbang 22 ekor kambing & lembu
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Atta memaklumkan dirinya menumbang sebanyak 22 ekor kambing dan lembu dan kesemua daging itu diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan sekitar pejabat miliknya iaitu AHHA Korpora Indonesia.
Tambah Atta, angka 22 ekor haiwan itu dipilih sebagai tanda simbolik sempena tarikh lahir anak sulungnya, Ameena yang lahir pada 22 Februari dua tahun lalu.
Alhamdulillah, tahun ini dapat menunaikan ibadah korban sebanyak 22 ekor haiwan (seperti tarikh lahir anak).
Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 30 tahun ini tidak memaklumkan secara bilangan lembu dan kambing secara terperinci kepada netizen.
Dalam pada itu, Atta juga memaklumkan dirinya berhajat untuk memberikan tiga ekor haiwan korban itu kepada pengikutnya yang bertuah.
Posting Atta Halilintar
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Atta Halilintar