Lebih mengutamakan kepuasan, pelawak dan pelakon Atu Zero memberitahu dia kini tidak kisah soal bayaran setiap kali diundang membuat persembahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lelaki Ujiannya Tidak Banyak, Hanyalah Wanita’ – Atu Zero
Artikel Berkaitan: Maya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar – ‘Sampai Sekarang Orang Masih Ingat’
‘Persembahan percuma’
Pernah melakukan persembahan secara percuma, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, berkata, kepuasan yang dicari adalah apabila dapat menghiburkan dan menggembirakan orang lain.
Saya pernah buat show secara percuma, bukan saudara-mara, tapi kawan kepada orang rumah (isteri) saya. Kebetulan saya memang tak ada kerja waktu tu, saya pergi tolong la.
Saya hanya mahu hiburkan orang, dapat pahala. Bila kita tengok orang gembira, hati rasa puas. Kalau dulu, mengejar wang tapi sekarang dah tahap janji orang gembira dah la.
Atu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Duyung: Lagenda Aurora yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelawak yang berasal dari Sabah ini turut memberitahu dunia lawak kini sudah tidak sama ketika Allahyarham Pak Yus masih hidup.
Katanya, arwah sering berkongsi rezeki kepada rakan-rakan pelawak yang berjuang menyara kehidupan.
Kalau dulu arwah Pak Yus ada, dia yang jaga kami (pelawak). Bila dia tak ada, kami dah jadi bertebaran. Arwah berperanan seperti kalau ada kerja yang dia tak dapat buat, dia bagi kepada orang.
Dia takkan tinggalkan rakan seperjuangan lain. Dia memang suka menolong, malah saya juga pernah ditolong oleh arwah. Sekarang, saya tak nampak ada individu yang boleh menggantikan arwah.
Tapi ada saja individu seperti Pak Yus, cuma tak menonjol sangat. Saya pun jenis pentingkan diri tapi tetap ingat kawan-kawan juga. Kalau yang bujang, mungkin boleh hidup sendiri. Tapi yang sudah berkahwin, macam mana komitmen mereka, rasa kesian.