Gambar sekadar hiasan
Seorang pesara ketagih judi, dilaporkan menculik cucu perempuannya sendiri untuk mendapatkan sejumlah wang tebusan.
Artikel Berkaitan: ‘Oppa’ Sanggup Bohong Diculik Demi Nak Sara Teman Wanita
Artikel Berkaitan: Penculik Ejen Kosmetik Dijatuhi Hukuman Penjara 56 Bulan
Ugutan bunuh
Gambar sekadar hiasan
Ketika kejadian, pesara berusia 65 tahun itu telah menjemput cucunya yang berusia empat tahun pulang dari sekolah. Namun dia tidak membawa kanak-kanak itu ke rumah, sebaliknya bertindak menculik cucunya itu.
Dia kemudian menelefon anak perempuannya dengan mengugut supaya membayar wang tebusan sebanyak RM322,276 (500,000 yuan) dalam tempoh tiga hari jika mahu melihat anaknya lagi dan turut mengancam untuk membunuh cucunya.
Terkejut dengan permintaan bapanya itu, wanita tersebut segera menghubungi polis dan pihak polis berjaya memberkas bapanya.
Susulan itu, Jurnal Undang-Undang Shanghai baru-baru ini melaporkan bahawa lelaki tersebut telah dipenjarakan akibat tindakannya.
Berikutan insiden tersebut, warga emas itu telah menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai yang mengatakan bahawa dia tidak layak untuk bergelar sebagai seorang bapa dan datuk.
Sumber: Oddity Central