Seorang pemuda dari Korea Selatan sanggup menipu ibu bapanya bahawa dia telah diculik, hakikatnya dia hanya memerlukan wang untuk menjaga teman wanitanya.
Artikel Berkaitan: Taktik Tokan Dadah Ubah Nama & Wajah Jadi ‘Oppa’ Tak Berkesan
Artikel Berkaitan: Umur Dah 37 Tahun, Nazim Othman Tak Kisah Peminat Panggil ‘Oppa’
Demi teman wanita
Kim Hyeongil yang datang ke Bangkok, Thailand bersama ibu bapanya didapati terputus hubungan dengan mereka.
Ibu bapanya yang risau segera bertindak dengan menghubungi pihak Kedutaan Korea Selatan di Thailand dan melaporkan bahawa anak mereka telah diculik ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok untuk pulang ke tanah air.
Susulan itu, pihak polis bergegas ke rumah sewa lelaki tersebut di Pattaya. Namun pihak polis terkejut apabila mereka melihat dia dalam keadaan yang baik dan sedang berehat.
Sejurus selepas melihat keberadaan polis disitu, lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri untuk bersembunyi di sebuah padang di belakang rumahnya.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkapnya dan dia telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk disoal siasat.
Dalam pada itu, Hyeongil mendakwa bahawa dia terpaksa memalsukan penculikannya kerana dia mahukan sejumlah wang namun tidak diendahkan ibu bapanya. Difahamkan dia mahu menggunakan wang itu agar dia dapat menjaga teman wanitanya.
Pemuda Korea Selatan tersebut akhirnya mengaku bahawa dia tidak diculik ataupun diseksa.
Dibawah undang-undang Thailand, dia mungkin akan berdepan dengan denda, dihantar pulang dan disenaraihitamkan daripada memasuki negera tersebut kerana pihak imigresen mendapati dia telah tinggal lebih masa dari visanya iaitu selama 497 hari.
Sumber: The Pattaya News