Peluang pekerjaan sememangnya amat terhad pada zaman sekarang, tambahan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagi lepasan universiti di luar sana, mereka juga tidak boleh terlalu memilih dan sebab itu sesetengah individu mendapat pekerjaan luar dari bidang mereka. Seperti cerita dikongsikan oleh gadis ini, dia menceritakan bagaimana pengalamannya membuat latihan praktikal di dalam bidang audit.
Sebelum memohon untuk membuat internship di sana, dia tidak pernah tahu bagaimana ‘rasanya’ bekerja dalam bidang tersebut.
Pengalaman buat latihan praktikal di dalam bidang audit
Menerusi Facebook, gadis ini menceritakan betapa gembiranya hati apabila dia ditawarkan untuk membuat latihan praktikal di sebuah syarikat audit kira-kira 4 tahun lepas. Tetapi perasaan teruja gadis ini tidak lama bila baginya, pekerjaan ini sangat sibuk sehingga kan tiada masa untuknya bersosial serta tidak mempunyai stabiliti.
Dia juga sering balik pada lewat malam kerana rakan-rakan kerja masih bekerja dan tidak dapat menghantarnya balik rumah.
‘Bising’ takde masa untuk balik rumah dan bersosial
Gadis ini turut berkongsi bahawa rakan kerja senior takut untuk meminta balik awal kepada manager kerana bimbang mereka akan mendapat beban kerja yang lebih banyak. Tambahnya lagi, mereka akan ‘dilepaskan’ jika kerja dari pihak atasan sudah siap.
Ingin berhenti buat latihan praktikal di sana, tapi..
Kerana tidak tahan dengan culture pekerjaan dalam bidang audit, gadis ini berazam sudah tidak ingin bekerja lagi bekerja dalam bidang audit atau mana-mana syarikat korporat. Menurutnya lagi, kerana terlalu sibuk bekerja, dia hingga tidak sempat untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
Kenapa kerja keras, tapi usaha tak dihargai?
Akhir sekali, tujuannya berkongsi cerita ini adalah kerana dia berasa sedih dan marah dengan kematian rakannya akibat beban kerja yang terlalu banyak. Dia juga berharap bahawa culture dan environment dalam bidang audit dapat diubah.
‘Saya kerja dalam bidang audit dari 2016 dan saya suka dengan kerja saya..’
Sumber: Twitter