berita

‘Aunty Nak Panjat Tinggi Macam Tu Pun Dah Rasa Gayat’ – Foto Lyla Amina Berdiri Atas Tangga ‘Lipat’ Buat Netizen Sesak Nafas

June 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Anak kedua kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lyla Amina mencuri perhatian netizen apabila berjaya memanjat sebuah tangga ‘lipat’ yang tinggi ketika berada di rumahnya.

Tiba-tiba dah ada dekat atas

Menurut Awal, dia meninggalkan tangga tersebut sekejap sahaja namun, tidak menyangka anaknya itu boleh memanjat sehingga berada di atas.

Tinggalkan tangga sekejap, tetiba dia dah ada dekat atas.

Meskipun aksi yang dilakukan oleh Lyla itu agak bahaya dan mendapat perhatian netizen, OhBulan! percaya anak kecil itu dipantau oleh ayahnya. Ini kerana, beberapa foto terakhir menunjukkan Awal segera memegang belakang badan anaknya daripada terjatuh.

Lasak dan berani

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Lyla seorang yang berani dan tidak gayat. Tambah netizen, anak kecil itu sangat lasak dan seakan ibunya. Netizen turut berkongsi kenangan mereka terjatuh tangga dan berharap Awal tidak membiarkan anaknya itu bermain dengan tangga lagi selepas ini.

Sumber: Awal Ashaari

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×