berita

Aura 2019 Bakal Berakhir – Jom Meriahkan Jualan Gudang Barang Elektrik Di One Living Puchong!

December 24th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Tahun 2019 semakin berakhir. Biasanya ramai yang keluar shopping pada hujung tahun. Nak bersiap sedia masuk tahun baru la katakan. Lagi-lagi yang baru pindah rumah. Mesti banyak benda nak dicari. Antaranya mestilah barang elektrik dan lampu hiasan.

Nak cari barangan elektrik berjenama dan lampu hiasan berkualiti tapi harga murah? Kami tahu kat mana. Ada satu kedai ni sangat popular dengan promosi yang tak pernah putus. Promosi yang sangat hebat! Kat mana tu?

Jom meriahkan Jualan Gudang One Living Puchong sempena hujung tahun 2019!

Hujung tahun ni, One Living akan mengadakan Jualan Gudang One Living Puchong secara besar-besaran bermula 27 hingga 29 Disember 2019 dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Masih sempat lagi untuk korang check barang elektrik yang belum ada kat rumah tu.

Datang awal kalau tak nak terlepas ya!

One Living memang terkenal dengan pelbagai barangan elektrik berjenama dan berkualiti. Pantang tahu ada sale, ramai yang pakat serbu. Ada yang sanggup beratur dari pagi walaupun belum dibuka. Hebat auranya!

Diskaun gempak untuk barangan elektrik berjenama terkemuka!

Antara barangan yang ditawarkan sewaktu Jualan Gudang One Living Puchong ialah televisyen, kipas, penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, lampu, periuk nasi, seterika dan sebagainya. Pastikan korang buat senarai dulu. Senang nak pilih nanti.

Jenama yang ada pun bukan biasa-biasa tau. Antaranya LG, SHARP, SONY, SAMSUNG, TOSHIBA, Panasonic dan lain-lain. Kami yakin korang takkan menyesal kalau borong kat sini. Fuh!

Bosannya kalau pindah rumah baru tapi tak ada televisyen. Cuba korang tengok. Televisyen paling murah berharga RM399 je. Sound system pun ada dijual tau.

Rumah korang belum ada penghawa dingin? Sini ada penghawa dingin yang paling murah iaitu RM699. Kipas pun paling murah RM99 je. Jimat betul!

Peti sejuk dan mesin basuh antara barang elektrik yang paling penting kat rumah. Kami tertarik betul dengan Japanese Brand 7kg Fully Auto Washer yang ditawarkan RM499 je (Harga asal: RM909). Wajib beli ni.

Water heater di bilik mandi buat hal? Nak pasang hood dan hob sekaligus di dapur? Tengok la ni. Ada banyak wei. Korang tinggal pilih je.

Paling tak tahan tengok Elba Hair Dryer yang berharga RM9. Harga asal ialah RM61 tau. Electrolux Induction Cooker yang berharga RM168 pun boleh tahan menarik. Takkan tak nak?

Bukan setakat barang elektrik, lampu pun ditawarkan dengan harga lebih murah. Korang akan rambang mata sebab ada banyak jenis. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Selain promosi diskaun, Jualan Gudang One Living Puchong jugak ada banyak promosi istimewa yang tak boleh korang lepaskan. Ni antara promosi yang ada..

Beli produk TEKA terpilih & dapatkan LG 4K Smart TV secara percuma!

Wah, ada barang percuma la! Dengan pembelian Hood + Hob TEKA, korang akan dapat 55″ LG 4K Smart TV secara PERCUMA. Kalau korang beli Peti Sejuk TEKA, dapat percuma 70″ LG 4K Smart TV. Berbaloi habis!

Rebut diskaun 50% untuk periuk nasi Tefal dengan cara menarik!

Jangan buang periuk nasi yang lama-lama. Boleh tukar dengan Tefal Rice Cooker [RK8105] yang ditawarkan diskaun 50%. Korang beli Cooking Blender [BL962] pun boleh dapat diskaun 50% untuk Tefal Rice Cooker [RK8105] tu. Daripada RM429, harganya dah jadi RM214 je!

Tawaran beli 1 percuma 2 produk Tefal!

Pengguna setia Tefal kena dengar ni. Ada promosi beli 1 percuma 2 produk Tefal tau. Korang hanya perlu beli satu Tefal High Pressure Steam Generator [GV6840 atau GV7830] untuk dapatkan dua hadiah percuma. Hadiah berupa Tefal IH Rice Cooker atau Firenzzi Air Fryer bersama iron board. Yay!

Promosi Purchase With Purchase TV Samsung!

Istimewa untuk korang yang beli TV Samsung nanti. Jangan lupa dapatkan promosi PWP (purchase with purchase) ni. Korang boleh beli soundbar dengan harga paling special ya.

Sertai peraduan Match & Win, hadiah istimewa!

Nak tahu apa paling best tentang Jualan Gudang One Living Puchong? Korang boleh sertai peraduan yang menarik! Hadiah berupa Tefal Rice Cooker [RK8055] yang berharga RM829. Ikut langkah kat bawah. Senang je.

PERADUAN MATCH & WIN

Langkah 1 : LIKE Facebook Post ini dan jadi FOLLOW One Living Sdn Bhd.
Langkah 2: SCREENSHOT apabila kad hampir sama dan berikan jawapan pada bahagian komen.
Langkah 3: SHARE dengan CAPTION “I’m going to ONE LIVING Warehouse Sale on 27th – 29th DEC 2019 at One Living PUCHONG – 08BP (https://waze.com/ul/hw28322ep9)
Langkah 4: FOLLOW mereka di Facebook Page One Living Sdn Bhd untuk ketahui pemenang.

Peraduan berakhir : 25 Disember 2019, 23:59pm
Pengumuman pemenang: 26 Disember 2019

Tonton tutorial memasak oleh jenama Khind, FB Livestream pun ada!

Pada 28 dan 29 Disember 2019 (Sabtu dan Ahad), jam 8 malam, One Living akan menganjurkan tutorial memasak bersama jenama Khind. Ia akan disiarkan secara langsung di Facebook Page One Living Sdn Bhd jugak. Jangan lupa tonton!

Lelong, lelong, produk menarik daripada harga RM1

One Living jugak akan buat lelongan produk menarik pada jam 3 petang sepanjang event berlangsung tiga hari. Senarai produk akan dilelong daripada serendah RM1. Dengan tawaran minimum sebanyak RM10 setiap kali, pembida tertinggi akan membawa pulang produk tersebut. Menarik kan?

FM cruiser turut datang menghiburkan korang!

Korang lagi suka kalau ada hiburan kan? Paling seronok, FM Cruiser akan datang memeriahkan Jualan Gudang One Living Puchong pada 29 Disember 2019, jam 12 tengah hari. Banyak aktiviti yang mereka akan buat jadi nantikan!

Borong sampai bonet kereta korang penuh!

Borong punya pasal sampai tak ingat dunia. Kami cadangkan korang konvoi ramai-ramai sebab satu kereta pun tak cukup. Ladies, jangan risau kalau tak kuat nak angkat barang sebab staf One Living akan tolong. Bagusnya!

JUALAN GUDANG ONE LIVING PUCHONG

Tarikh: 27 hingga 29 Disember 2019
Masa: 10 pagi hingga 9 malam
Alamat: 30, 32, 34, 38, 40, 42, 44 & 46, Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor. One Living Puchong – 08BP (https://waze.com/ul/hw28322enc)
No. Tel: 03-8071 7771

Tak salah kan berbelanja akhir tahun ni? Paling penting, jimat dan puas hati. Datang la beramai-ramai ke Jualan Gudang One Living Puchong. Jangan lupa bagitahu keluarga dan kawan-kawan korang okay? Beli jangan tak beli.

Ikuti perkembangan terkini One Living di Facebook Page One Living Sdn Bhd. Jangan lupa sertai peraduan yang mereka buat ya.

Selamat menyambut tahun baru 2020 bersama ONE LIVING!