berita

‘Awak Beri Saya Bahagia, Tawa & Kasih Sayang..’ – Shila Amzah

February 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai semakin menjadi bualan hangat netizen. Malah pasangan ini juga tidak kekok mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Diorang Together, Sha Tak Akan Kawan Dengan Ubai..’ – Shila Dituduh Perampas?

Artikel Berkaitan: ‘Saya Minat Dia Dari Sekolah, Dulu Panggil Kak Sha Tiba-Tiba Sekarang Kitaorang Together’ – Ubai

Ungkapan manis Shila buat Ubai

Terbaharu, Shila menerusi perkongsian di InstaStory memuat naik satu foto dirinya bersama Ubai di tepi pantai. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah kata-kata manis yang diungkapkan Shila khas buat Ubai.

Menurut Shila, teman lelakinya itu merupakan individu yang banyak memberi motivasi dan semangat saat dirinya berada di fasa berputus asa.

Awak adalah individu yang paling kuat, memberi inspirasi, bekerja keras yang pernah saya kenali. Awak telah melalui fasa yang teruk namun awak bangkit untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang.

Kehadiran Ubai juga telah mengubah emosi Shila selain memberi kebahagiaan dan kasih sayang terhadap dirinya di mana orang lain tidak mampu lakukan perkara tersebut.

Awak telah banyak menyedarkan saya tentang diri saya dan telah mengajar saya tentang orang lain. Awak telah memberi kegembiraan, tawa dan kasih sayang kepada saya. Saya juga nak buat benda yang sama terhadap awak.

Terdahulu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah membuat pengakuan sedang menjalin hubungan cinta dengan Ubai sejak tahun lalu.

Posting Shila Amzah

Sumber: Shila Amzah

SKIP THIS AD ×