Spekulasi hubungan cinta penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai Mz akhirnya terjawab apabila mereka tampil memberi penjelasan menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Seriously..’ – Tak Sengaja Panggil Ubai Sayang Di Live TikTok, Shila Amzah Gelabah Nak ‘Cover’ Balik
‘Saya minat dia dari saya sekolah’
Bercerita dengan lebih lanjut, Ubai dan Shila memberitahu bahawa mereka berdua tidak lagi ‘single’ dan pendedahan tersebut secara tidak langsung telah menjawab segala persoalan netizen mengenai hubungan mesra mereka berdua.
Sha adalah orang yang sangat faham saya. Saya ni minat dia dari saya sekolah. Daripada saya panggil dia Kak Sha, lepas tu saya panggil dia Sha. Lepas tu tiba-tiba kitaorang together.
Ubai, 25, akui mula menyukai Shila sejak dirinya berusia 13 tahun lagi sebagai seorang peminat. Namun, dia mula mendekati Shila ketika penyanyi itu berada dalam fasa sukar kehidupannya akibat perceraian.
Saya sudah mengenali Shila pada tahun 2011 tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Pada tahun lepas saya mula mendekati Shila sewaktu dia berada di fasa yang sangat-sangat bawah. Kehidupan dia genting lah.
Dia baru lepas cerai. Dia tak ada sesiapa pada masa itu. Saya pun mendekati dia pada waktu tu dan ada untuk dia waktu dia susah, sedih.
‘Ibu bapa dan adik-beradik saya okay dengan Ubai’
Menurut Shila, dia juga pernah cuba menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya namun hubungan mereka tidak kesampaian. Penyanyi berusia 33 tahun ini akui selesa berkawan dengan Ubai.
Cinta bermula dengan sebuah skuter. Sebenarnya perkenalan sudah lama tetapi kejadian tersebut yang menggerakkan hati saya.
Tambah Shila lagi, hubungannya dengan Ubai juga mendapat restu ahli keluarganya.
Ibu bapa dan adik-beradik saya okay dengan Ubai. Jangan cakap hubungan ini tidak direstui sebab sebelum itu, mungkin ada sebab jika orang tidak sukakan? Tetapi, untuk kali ini saya boleh buat keputusan sendiri, jadi jangan risau.
Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi persoalan netizen. Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.
Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila mengumumkan telah bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Sumber: TikTok Ubai MZ