Keakraban Ubai dan penyanyi, Shila Amzah telah mengundang pelbagai spekulasi netizen malah ada yang menuduh Shila seorang perampas.
Isu tersebut menjadi bualan hangat netizen selepas mereka mendakwa kerap melihat Ubai bergandingan dengan seorang pempengaruh dan juga penyanyi wanita menerusi beberapa video sebelum ini.
‘Itu adalah urusan kerja’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok kelmarin, Ubai menjelaskan kemungkinan keakrabannya bersama individu tersebut membuatkan netizen beranggapan bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Sedangkan, apa yang dipamerkan mereka hanyalah atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu.
Kita tak boleh nak ubah benda yang dah lepas cuma kita boleh belajar daripada benda yang lalu. Saya dan dia, tak ada gaduh tak ada apa. Kami berdua okay sangat. Bercakap semua okay.
Itu adalah urusan kerja, dan dah selesai. Cuma tinggal nak release beberapa urusan kerja. Itu antara saya dan individu tersebut.
Sementara menurut Shila, jika benar Ubai mempunyai hubungan istimewa dengan individu tersebut seperti yang didakwa netizen, dia sama sekali tidak akan menganggu Ubai.
Kalau diorang together, Sha pun tak ada nak kawan dengan Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain.
Ubai akui hubungannya dengan individu tersebut tidak mempunyai sebarang masalah malah mereka masih berkawan.
Sumber: TikTok Ubai Mz