berita

‘Awak Buat Saya Tersenyum…’ – Agnez Mo & Ariel Noah Sedang Hangat Bercinta?

January 27th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama Agnez Monica dan Ariel Noah telah menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang mendakwa kedua-dua penyanyi terkenal ini sedang hangat bercinta. Malah, gambar mereka berdua yang dikatakan memakai pakaian sedondon juga telah tersebar di media sosial.

Pakai baju warna sedondon

Memetik laporan daripada Tribunnews, hubungan cinta Agnez Mo dan Ariel Noah dikatakan mula terjalin selepas mereka berdua menjadi juri dalam satu program nyanyian.

Tidak cukup dengan itu, gambar kedua-dua penyanyi ini berpakaian sedondon berwarna putih sambil berpegangan tangan yang tersebar di media sosial seakan menguatkan lagi dakwaan mengenai hubungan cinta mereka.

Kapsyen Agnez Mo tarik perhatian

Selepas kejadian itu, para peminat juga dilihat tertanya-tanya mengenai status sebenar Agnez Mo dan Ariel Noah yang juga merupakan bekas teman lelaki pelakon terkenal, Luna Maya. Sementara itu, kapsyen yang ditulis oleh Agnez Mo dalam satu posting Instagram miliknya telah menarik perhatian ramai.

Awak.. ya awak. Saya suka cara awak buat saya tersenyum dan tiada siapa boleh buat.

Respon para peminat

Menjengah ke ruangan komen, para peminat beranggapan kapsyen tersebut seakan memberi bayangan bahawa penyanyi kesayangan mereka ini sedang dilamun cinta dan ayat tersebut dikatakan ditujukan kepada Ariel.

Malah, penyanyi terkenal iaitu Melly Goeslaw juga ada meninggalkan komen menulis bait lirik daripada lagu Separuh Cinta nyanyian Ariel Noah. Walaupun begitu, sehingga kini Agnez Mo dan Ariel masih belum membuka mulut mengenai spekulasi tersebut.

Sumber: Detik Hot, Tribunnews, Lambe Turah, Agnez Mo

SKIP THIS AD ×