Pempengaruh terkenal dan jelita, Dahlia Rizal tampil memberikan pendapatnya mengenai isu seorang suami yang didakwa menggunakan platform Instagram (IG) untuk mengikuti akaun dan melihat foto serta video wanita seksi.
Artikel Berkaitan: Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘Gaduh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’
‘Kalau nak tengok, dia tengok’
Tak kisah la you cantik ke tak cantik ke, if ur husband nak tgk pompuan seksi, bogel2 and porn semua tu, he will regardless of how u look like. You can advise and tegur sebanyak u nak and if he still CHOOSE to watch lagi then yall know whats next
— indo mie (@DahliaRizal) May 9, 2024
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, isteri kepada pelakon Imran Aqil ini berpendapat seseorang suami itu tetap akan bertindak sedemikian tidak kira mempunyai isteri yang cantik atau pun tidak.
Tak kisah lah awak cantik ke tak cantik ke, kalau suami nak tengok perempuan seksi, bogel-bogel dan lucah semua itu, dia tetap akan tengok juga tak kira macam mana gaya dan rupa paras awak.
Tambah pengaruh berusia 23 tahun itu lagi, seseorang suami itu tetap akan memilih untuk melakukan perbuatan sebegitu rupa meskipun sudah dinasihati oleh isteri.
Awak boleh nasihat dan tegur sebanyak mana yang awak nak tetapi kalau mereka (suami) masih memilih untuk melihat (perkara tidak senonoh) maka awak tahulah apa mereka akan buat selepas itu.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Dahli.a
Menjengah ke ruangan komen, netizen berharap agar perbuatan melihat perempuan seksi tidak ada dalam diri pasangan serta bakal suami mereka.
K0men netizen
Sumber: Aplikasi X Dahlia Rizal