Rezeki, ajal, jodoh dan maut memang sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada dalam kandungan lagi. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari sang pencipta. Diuji dengan kehilangan orang tersayang diakui sangat memeritkan.
Begitulah yang dilalui oleh wanita ini apabila dia terpaksa menerima hakikat bahawa suami tercinta telah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya.
Suami meninggal dunia
Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh seorang wanita menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Cikgebus. Difahamkan, wanita dan suaminya, Cikgu Azam telah berkenalan sejak di bangku sekolah menengah lagi dimana pada ketika itu mereka berdua berstatus guru dan pelajar. Tetapi siapa sangka, dari status tersebut mereka akhirnya sah bergelar suami isteri. Benarlah orang kata kalau dah jodoh tak kemana.
Meskipun jarak usia mereka berbeza tetapi itu bukanlah satu penghalang untuk mereka mengecapi kebahagiaan. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Namun, kebahagiaan yang dibina akhirnya ‘hilang’ dalam sekelip mata sahaja apabila suaminya telah disahkan meninggal dunia pada bulan 8 tahun 2019 yang lalu iaitu ketika usianya 52 tahun. Dalam kesempatan itu, wanita ini berharap agar arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah
@cikgebus???? bunyi asal – ?????????
‘Sedihnya sebuah kehilangan’
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengucapkan salam takziah buat mereka sekeluarga. Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar wanita ini dan anak-anaknya diberi kekuatan dan ketabahan bagi menempuhi kehidupan yang akan datang.
Sumber: Cikgebus