Di Instagram Story, pengarah Ahmad Idham menyifatkan kenyataan pelakon baharu yang mendakwa wujud budaya buli di lokasi penggambaran sebagai tuduhan kasar.
Artikel Berkaitan: ‘Pengkritik Filem Berbayar Perosak Kepada Industri Perfileman’ – Ahmad Idham
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Ambil Artis Yang Takkan Mendatangkan Masalah’ – Ahmad Idham
Tiada istilah senior dan junior
Menurut Ahmad Idham, isu buli di lokasi penggambaran tidak pernah timbul bahkan tiada aduan mengenai perkara tersebut. Tambah Ahmad Idham, mereka menjalani kerja dalam suasana yang harmoni. Berikutan daripada itu, kenyataan yang dibuat pelakon baharu itu boleh menimbulkan salah faham, seterusnya menyebabkan kerjaya pelakon dipandang serong.
Dalam industri seni, tiada istilah siapa senior dan junior. Bila saya lihat video pengakuan pelakon berkenaan yang kononnya berdepan kes buli antara pelakon junior dan senior, itu adalah satu tuduhan kasar.
Ayat buli yang digunakan macam satu jenayah pula. Kenyataannya dikhuatiri akan beri impak negatif kepada pelakon senior, seolah-olah budaya buli memang wujud di lokasi.
Berbicara lebih lanjut, Ahmad Idham berkata, tujuan dia tampil bersuara sebagai peringatan untuk pelakon baharu agar tidak terlalu lantang sehingga boleh menjejaskan periuk nasi sendiri.
Sekiranya timbulnya masalah berkongsilah dengan pengarah atau pengurus produksi, bukan mengadu kepada media. Lokasi penggambaran adalah pejabat bagi kru dan pelakon. Sama juga macam orang yang kerja pejabat.
Kalau pekerja pejabat hadapi masalah, mereka akan mengadu kepada pengurus atau majikan. Adakah mereka laporkan pada media? Saya terpaksa menegur kerana apa yang dikongsikan bukan berlaku kepadanya, sebaliknya orang lain.
Bagi saya, pelakon ini membuat tanggapan sendiri yang mungkin perkara tidak berlaku pun. Jadi, tindakannya membuat kenyataan terbuka adalah tidak sihat.
Cari ilmu sebelum masuk industri
Ujar pelakon filem Impak Maksima ini lagi, dia berharap pelakon baharu dapat mencari ilmu terlebih dahulu sebelum masuk industri seni.
Mereka perlu ingat populariti takkan kekal selamanya. Kalau dapat bertahan lama seperti kami, itu sudah bagus. Tapi, apa yang penting carilah ilmu sebelum bergelar pelakon kalau tidak mahu timbul masalah di set.
Terdahulu, pelakon Alif Muhaimin, mendedahkan terdapat pelakon senior memberi layanan buruk terhadap pendatang baharu di set penggambaran. Alif mendakwa, dia nampak pelakon senior buli junior dan ia menjadi politik senior dan junior di set penggambaran.
Sumber: Berita Harian & Ahmad Idham