berita

‘Awak Nak Farah Turun Ke Sungai Sentuh Air Baru Awak Nak Jumpa Farah’

October 28th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Anak seniwati Fauziah Nawi, Firdaus Hanif yang dilaporkan lemas ketika memancing di Sungai Jelai Lipis ditemui 500m daripada lokasi terjatuh. Difahamkan allahyarham bersama seorang rakan memancing di sungai berkenaan sebelum bot karam. Kehilangan pengarah filem dan drama berbakat Pitt Hanif ini diakui dirasai seluruh insan seni lebih-lebih lagi ahli keluarga.

Isteri, Farah Ahmad yang turut bergegas ke lokasi untuk membantu urusan mencari dan menyelamat suami walaubagaimanapun redha dan bersyukur suami pergi dalam keadaan syahid.

Terima kasih sudi jumpa Farah

Memetik laporan Harian Metro, Farah  dan tiga anak berkejar ke Sungai Jelai, Kampung Mela Lipis sejurus menerima berita daripada kru produksi mengenai kehilangan suami.

Saya dapat panggilan telefon daripada kru produksi dan terus ke lokasi petang semalam. Arwah tidak memaklumkan mahu keluar memancing pada kali terakhir dia menghantar pesanan menerusi aplikasi Whastapp Khamis lalu.

Assalamualaikum nyawa-nyawa ayah. Itu pesanan terakhir yang dia hantar kepada kami sekeluarga.

Saya redha

Pitt ur nyawa kat sini waiting for you. Semua pakai baju & jaket topi awak. Keep praying keep positive hope for the miracle. Only Allah knows. We need you our superhero #prayforpitthanif

Ni boat @pitthanif Sham sebelum terbelah dua. Ni yang Pitt share dengan group whatsapp memancing tengah hari tadi sebelum kejadian berlaku. My Man I know you there Pitt. Be strong sayang my totties, Farah otw Pitt. Insyaallah Allah ada Allah akan bantu selamatkan Pitt. Allah dengar Alam juga dengar. Doakan semua Pitt selamat. I need everyone doa & positive vibes

Ketika kejadian, allahyarham Pitt Hanif bersama seorang lagi rakan keluar memancing sebelum bot yang dinaiki mereka pecah dipercayai melanggar tiang jambatan. Allahyarham walaubagaimanapun dihanyutkan arus sungai dan hanya rakan dapat diselamatkan.

Walaupun sedih, saya reda dan syukur suami pergi dalam keadaan syahid kerana sedang bekerja mencari rezeki dan nafkah untuk kami sekeluarga.

Ketika saya reda semua orang tahu saya sedih dengan pemergiannya. Sebelum ini (sebelum mayat dijumpai) saya dan anak-anak sentiasa berdoa ada keajaiban dalam operasi mencarinya.

Masa sama saya beritahu anak-anak kena terima ketentuan Allah SWT dengan apa yang ditakdirkan.

Tambah Farah lagi, mereka sudah dua bulan tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Difahamkan, allahyarham dalam fasa akhir menyiapkan filem Coast Guard yang penggambarannya bermula lebih dua bulan lepas.

Sumber : Harian Metro , Farah Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×