berita

‘Awak Pergi Dulu Ya, Nanti Saya Menyusul…’ – Genap 10 Hari Bertunang, Bakal Suami Meninggal Dunia

August 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Jodoh, ajal, maut dan rezeki sudah pun tertulis sejak kita berada dalam rahim lagi. Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah dari Sang Pencipta.

Diuji dengan kehilangan orang tersayang sangat memeritkan. Begitulah perasaan yang dialami Nusroh Dzhir selepas pemergian tunang tercinta iaitu Ikhwan Mukhzani Ibrahim.

‘Kak Alia jadi orang tengah’

Sangat singkat, terkejut dan sebak sangat. Pagi ni dapat berita sahabat kak Alia, Ikhwan M. Ibr meninggal dunia. Ya Allah, baru seminggu bertunang dengan juga sahabat kak Alia, Nusroh Dzhir. Selesai sudah bahagian kak Alia. Jadi orang tengah antara mereka. 9 tahun kak Alia kenal dia. Sebab kami sama bidang engineer dulu. Dari sebelum kawen sampai beranak dua, dia kenal semua family, suami dan anak-anak.

Lost contact sebab kak Alia block dia. Sebab dah kawen, takmau la contact lelaki. 1 Disember  2019, terima 1 whatsapp dari dia minta tolong. Tolong untuk tanyakan pasal kawan kak Alia. Kak Alia ignore mesej dia (macam selalu). 21 Januari 2020 terima lagi mesej dia nak minta tolong. Bermula la saat tu, Kak Alia jadi orang tengah kepada mereka berdua.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Nur Alia Athila iaitu rakan kepada Ikhwan dan Nusroh, dia meluahkan rasa sedih atas pemergian rakannya itu. Menceritakan kembali kisah lama, Alia memberitahu dia merupakan ‘orang tengah’ yang membantu dalam hubungan cinta antara Ikhwan dan Nusroh.

‘Pergi’ lepas 10 hari bertunang

Bermula la saat tu, Kak Alia jadi orang tengah kepada mereka berdua. Sampai la 1 Ogos pertunangan mereka. Genap 10 hari bertunang. Allah lebih sayangkan Ikhwan. Allah amik dia dulu pada usia 31 tahun ni. Kemalangan jalan raya. Ajal dia tiba dulu, sebelum hari bahagia dia.

Teringat satu saat dulu. Dia penah luahkan seperti takkan berkahwin sebab takda orang pun nak dia. Kak Alia tau dia orang sangat baik. Seorang anak kehilangan ayah dan taat pada ibu. Hidupnya dengan ibu dia macam kekasih. Pasti jodoh dia yang terbaik. Sungguh jodohnya telah Allah aturkan yang terbaik di sana. Moga Allah permudahkan segala urusan arwah di alam barzakh dan menjadi penghuni syurga yang abadi.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Salam takziah buat adik kesayangan Kak Alia, Nusroh. Kak Alia sayang Nusroh. Pasti Allah meletakkan yang terbaik untuk kalian berdua. Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Ogos yang lalu. Namun siapa sangka, dalam tempoh 10 hari pertunangan, Ikhwan telah dijemput Ilahi. Ikhwan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meninggal dunia ketika usianya 31 tahun. Dalam kesempatan itu, Alia menitipkan doa agar arwah rakannya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terima berita mengejutkan

Luahan hati si tunang

Saya balik dulu. Saya mintak maaf sebab tak sempat untuk jumpa awak buat kali terakhir dan hantar awak ‘pulang’ esok. Awak pergi dulu ya. Nanti saya menyusul. Moga Allah Izinkan kita jumpa lagi dekat akhirat kelak. Saya sayang awak kerana Allah dan saya redha lepaskan awak kembali bertemu Sang Pencipta.

Alhamdulillah. Selesai semua. Moga awak tenang disana. Beruntung awak. Ramai sangat yang mendoakan awak. Awak orang baik. Semua orang sayang awak termasuk saya. Saya takkan penah lupakan awak. Awak akan sentiasa ada dalam doa saya macam mana masa hayat awak, awak tak pernah tinggal untuk doakan saya sekali. Moga Allah Izinkan kita untuk berjumpa lagi nanti. Moga syurga Firdaus milik awak, Ikhwan Mukhzani Ibrahim.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, Nusroh Dzhir meluahkan rasa sedih atas pemergian tunang tercinta. Dia walau bagaimanapun telah reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Tambahnya lagi, nama Ikhwan Mukhzani Ibrahim akan sentiasa berada dalam ingatan dan doanya.

Sumber: Nur Alia Athila, Nusroh Dzhir

SKIP THIS AD ×