berita

Awak Puasa, Saya Pun Puasa – Gadis Kesal Terima Layanan Kasar & Dianggap Bukan Islam

June 1st, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Bulan Ramadan ni admin yakin korang mesti dapat banyak jemputan dari rakan-rakan untuk berbuka bersama kan? Kalau dekat restoren kat mana pon mesti penuh dengan orang yang nak berbuka. Kadang-kadang sampai terpikir agaknya pekerja restoren berbuka tak? Berbuka macam mana? Tapi biasalah, pelanggan akan didahulukan.

Berbeza pula yang berlaku kepada gadis berdarah campuran Melayu-Cina ini apabila dia mendapat layanan yang kurang elok daripada sebuah restoren terkenal. Dia diminta untuk menunggu sejam unruk order makanan kerana pekerja ingin berbuka puasa. Salahnya, pekerja itu mungkin anggap dia bukan Muslim. Agak tak patutlah. Sebab dia pon nak berbuka.

Muka saya Cina tapi saya Islam.

Saya betul-betul tak faham … Saya tahu bila hampir waktu berbuka, semua pekerja atau peniaga Muslim mahu berbuka puasa. Tapi anda tidak perlu cakap sesuatu macam “Boleh cepat sikit tak? Sebab kitorg nak buka puasa” atau “Boleh tunggu sejam lagi tak? Sebab kitorg nak buka puasa” (Ini berlaku kepada saya tadi sebab saya baru nak order makanan tapi pekerja tu cakap dengan cara yang kurang sopan dan muka tak puas hati dah nak pukul 7.20).

Anda tahu apa yang rakan Cina saya cakap dekat orang-orang ini? “Dia pun kena buka puasa juga, macam mana?” Aku juga turut “Tu Saya Pun kena buka puasa? Macam mana?” Dan dia terkejut dan tanya saya nak pesan air dulu tak? Tapi masih perlu menunggu selama satu jam!

Walaupun saya kelihatan seperti Cina, saya masih seorang Muslim. Walaupun kawan saya Cina dia masih tahu saya perlu untuk berbuka puasa juga.

Anda Puasa Saya Pun puasa.

Anda buka puasa saya pun buka puasa.

Jangan nilai orang melalui rupa dan berhentilah jadi racist. Kita semua manusia.

Walaupun kejadian ni buat saya marah, tapi saya maafkan kejahilan dia.

Bulan Ramadhan Bulan Yang mulia, marilah kita perbanyakkan amal baik okay? Selamat berbuka puasa semua.

– oleh Gadis Berdarah Campuran Melayu Cina

Netizen turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Dan menasihati gadis itu untuk bersabar.

Ingat puasa untuk Melayu je ke?

Malaysia kan sebuah negara yang majmuk. Dan kita juga mengamalkan kebebasan beragama. Jadi jangan cepat buat andaian berdasarkan warna kulit dan fizikal semata-mata.

Kredit : Msb Zana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×