berita

‘Awak Rehat Ya, Wangi Sangat Tempat Baru Awak’

September 20th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tragedi menyayat hati yang menimpa empat sekawan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah benar-benar meruntun hati orang ramai. Mereka dilaporkan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas terhidu karbon monoksida.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kakak Kongsi Kenangan Terakhir Arwah Adik & Rakan Di Pulau Jerejak.. Sedih!

Di Twitter, bakal tunang kepada salah seorang mangsa maut sempat menziarahi pusara arwah di Kedah. Selepas empat tahun berkenalan, dia redha dengan ketentuan Allah SWT. 

Awak rehat ya

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Amirul ini menaiki bas dari Johor ke Kedah untuk menziarahi pusara Ayuni. Bersedih dengan kehilangan insan tersayang, dia mendoakan semoga arwah tenang di sana.

Wangi tempat baru awak

Menurutnya lagi, pusara arwah Ayuni sangat harum dan jika diberikan rezeki dia akan datang lagi ke Kedah untuk menziarah. Malah, Amirul didapati tidak dapat menahan sebak ketika meminta izin untuk pulang ke Johor.

Datang melawat lagi

Sumber : amirulryash99

The following two tabs change content below.

Arini Saleh

Content Champion at Rev Asia Berhad
'Writing is my passion, not my job' - AE Croft

×