Foto: Aaron Yan & Yao Le
Sejak beberapa hari lalu, seorang lelaki, Yao Le tampil membuat pendedahan mendakwa pernah dirogol penyanyi Taiwan, Aaron Yon sekitar tahun 2018.
Dakwa dirogol penyanyi?
Foto: Sidang media Yao Le, Aaron minta maaf
Menerusi sidang media yang dilakukan, Yao mendakwa dia dipaksa oleh Aaron melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika dirinya berusia 16 tahun.
Awak selalu bangun ketika saya masih tidur. Awak paksa saya melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira perasaan saya.
Lebih mengejutkan apabila Yao mendakwa Aaron merakam aksi ketika mereka melakukan hubungan intim. Dakwa Yao lagi, pada tahun yang sama iaitu 2018, rakaman tersebut telah tersebar meluas di media sosial. Sejak daripada itu, dia berdepan dengan pelbagai rintangan sehingga dia dibuang sekolah. Bukan itu sahaja, Yao mendakwa dia turut mengalami trauma sejak lima tahun lalu.
Rupanya mereka pasangan kekasih
Foto: Aaron Yan
Aaron membuat kejutan apabila muncul pada sidang media yang dibuat Yao Le dan mendesak pemuda itu menarik semula kenyataan yang sudah dibuat. Aaron menegaskan tidak wujud sebarang unsur paksaan kerana ketika itu mereka adalah pasangan kekasih.
Dalam kesempatan itu, Aaron sempat memohon maaf kepada Yao atas penderitaan yang ditanggungnya selama ini selain menegaskan bahawa dia bukanlah individu yang menyebarkan rakaman tidak senonoh mereka seperti yang didakwa.
Sumber: Focus Taiwan, Asia One