Semalam tular satu mesej dari seorang isteri yang mengadu masalah mengenai suaminya yang antivaksin di samping status perkahwinannya selepas suami meluahkan niat akan menjatuhkan talak sekiranya dia mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Dakwa wanita tersebut, dia sudah mengambil suntikan vaksin tanpa pengetahuan suaminya justeru dia sekarang berada dalam keadaan buntu.
Jangan salah guna kuasa
Isu itu telah menarik perhatian pelakon Fizo Omar, 36, yang berasa terkejut dan kesal dengan tindakan suami yang menyalahguna kuasa gara-gara tidak percaya dengan vaksin.
Tegas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata pengambilan vaksin bukan atas paksaan tetapi secara sukarela.
Tambahnya, dia sudah mendapatkan kepastian daripada ustaz dan kata mereka sekiranya keputusan yang dilakukan itu membahayakan orang lain, hukumnya menjadi haram dalam sisi agama.
Kalau betul lah wujudnya si suami macam ni kan. Abe joe tak boleh sentuh pasal hukum ni, tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro, kot yea awak #antivaksin sekalipun, bukan lah sampai tahap jatuh talak bro.
Pasal vaksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah tanyakan pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya HARAM di sisi agama kita. Itu apa yang saya diberitahu la.
Lagipun, pihak Agama, kesihatan di negara kita dan seluruh dunia sudah pun iktiraf dan sahkan vaksin ni halal dan harus diambil. Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu #antivaksin ni.
Kalau masih ingat, sejak kita lahir, berapa jenis vaksin dah pun disuntik dalam badan kita, alhamdulillah sampai sekarang Allah masih bagi nikmat kehidupan sihat ni.
Allah suka lihat hambaNya berusaha
Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam mengingatkan orang ramai untuk berusaha terlebih dahulu sebelum berserah kepada Allah.
Allah suka melihat hambaNYA ikhtihar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua. We do our part, the rest we leave to Allah, the best planner!
Sumber: Instagram @fizoomar