Bekas tunang Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey sekali mencetuskan kontroversi apabila membuat pendedahan dengan mendakwa bahawa pelakon itu sudah lama mengambil barang terlarang, dadah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anju Tak Seksi, Dia Sangat Baik..Saya Letak Dia Nombor Satu Dalam Hati Saya’ – Khazrul Elzey
Artikel Berkaitan: ‘Aku Bukan Biawak Hidup, Aku Ada Hutang Kau Ke? Aku Bantu Kau Bina Pagar Rumah RM100k’ – Khazrul Elzey
‘Apalah keji sangat hati dia kan’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khazrul mendakwa sebelum ibu pelakon itu ada bertanya kepada Khazrul adakah dia yakin dengan keputusannya untuk berkenalan dengan Anju dan Khazrul akui dia memang ikhlas mahukan Anju selain ingin mengubah pelakon itu ke arah lebih baik.
Apalah keji sangat hati dia kan. Itulah sebab bila hisap dadah terlalu lama. Sebelum saya nak kenal dengan dia ni, mama dia dah panggil saya dah. Dia tanya ‘are you sure you want Anju?. Tell me’.
Lepas itu saya jawab ‘ya, saya nak dia’. Kemudian ibu Anju cakap, ‘Abot tahu tak dia tu gilo, aunty tahu lah anak aunty. Dia hisap dadah kuat sangat’. ‘Aunty, bagi saya peluang untuk memperbetulkan dia, mungkin tak ada orang nasihat dia’.
Bercerita dengan lebih lanjut, Khazrul turut mendakwa Anju seorang individu yang toksik kerana sering bergaduh dengan adik-beradiknya sendiri. Malah, Anju juga pernah dihalau keluar dari rumah disebabkan sikapnya itu.
Sebelum ni, dia kena halau dari rumah tu banyak kali tau. Sebab dia toksik, selalu bergaduh dengan adik-beradik. Bukan gaduh biasa-biasa, dalam live dia cakap gaduh biasa-biasa. Bohong, dia suka tipu.
Dia memang penipu lah, kalau betul dia cakap macam tu interview lah adik dia. Berapa lama dia tak bercakap dengan adik perempuan dia tu, dia hentak kepala ni kuat tau guna telefon dekat kepala.
Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang berharap supaya pasangan ini dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang baik selain berhenti membuka aib masing-masing di media sosial.
Sumber: TikTok