Perselisihan faham antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey nampak gayanya masih belum berakhir malah pelbagai kenyataan berbalas yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Tugas Saya Untuk Dedahkan Manusia Fake, Benda Itu Akan Terbongkar Sendiri’ – Zarina Anjoulie
Artikel Berkaitan: Berat Badan Anju Bukan Punca Tak Jadi Kahwin, Khazrul Tampil Beri Penjelasan–‘Kalau Dia Gemuk Saya Tetap Sayang’
Baru-baru ini, Khazrul memberitahu bahawa dia bukanlah tergila-gilakan populariti seperti yang didakwa sesetengah pihak. Bukan itu sahaja, dia juga kurang senang dekat sikap Anju yang dikatakan agak keterlaluan.
‘Kau ingat aku tak ada maruah ke?’
Khazrul juga menyifatkan Anju terlalu celupar dalam berkata-kata dan tidak menggunakan akal ketika bercakap. Hal ini kerana, Anju didakwa mengutuk dan mempertikaikan Khazrul yang pernah mengerjakan haji selain mengutuk bekas isteri Khazrul yang dikatakan berpakaian seksi.
Tidak cukup dengan itu, Khazrul seakan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Anju yang mendakwa dirinya mengungkit duit wayang yang berjumlah RM700. Bercerita dengan lebIh lanjut, Khazrul memberitahu dia sama sekali tidak pernah mengungkit mengenai perkara tersebut.
Apa benda bukti kau kata aku ungkit ni? Kau ni cakap main lepas je. Malu lah sikit pada Allah, keluarga, anak-anak semua kau buat macam tu. Kau ingat aku tak ada maruah ke? Kau kalau nak move on, kita move on lah baik-baik.
Aku tak takut dengan kau, macam kau cakap kau tak takut dengan aku. Aku bukan biawak hidup yang kau tanggung aku. Few months, aku tanggung kau. Kita pergi mana-mana semua. Itu nanti kau cakap aku ungkit. Aku tak perlukan publisiti murahan. Kau sabar sikit, benda ni orang cucuk kau. Kau sendiri mengadu dekat netizen, gunakan akal. Tak perlu lah cakap dekat netizen rahsia dalam kain.
Semua benda kau nak cakap dekat netizen. Kau kata ex wife aku seksi, cuba kau tengok diri kau sendiri. Cuba kau buka dalam google tengok gambar kau sendiri. Past is past. Ex wife aku tolong jangan sebut. Bagi diorang life diorang sendiri. Diorang pun tak nak campur hal kita.
‘Aku tak nak duit kau, duit aku bersepah’
Bercerita dengan lebih lanjut, Khazrul akui langsung tidak kisah dengan tindakan netizen yang menularkan semula video-video lamanya bersama bekas isteri. Namun dia berharap agar Anju tidak lagi menyebut namanya dan menjadikannya sebagai konten di media sosial.
Kau tak bagi aku buat konten guna kau punya gambar tapi kau guna nama aku dalam live aku. Bila bercakap, fikir sikit mak bapa kau. Sebab aku kawan mak kau, aku bukan kawan kau. Kalau kau buat macam tu, aku pun malu nak jumpa mak kau.
Aku boleh je jumpa kau, aku dah call tapi kau tak angkat. Aku dah mesej, kau tak reply. Jadi aku rasa kau tak dihargai. Bila kau tak menghargai, aku diamlah. Tapi kau sibuk membebel suruh aku jumpa parents kau. Dengan keadaan kau macam ni, macam mana aku nak jumpa, nak bincang. Aku sendiri dah minta izin dekat daddy nak jumpa kau,minta daddy aturkan. Kau sabar jap, jangan buat video meroyan macam ni.
Dalam kesempatan itu, Khazrul meminta Anju untuk menjaga maruah dirinya sebagai seorang wanita. Jelas Khazrul, dia tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada umum sebaliknya hanya diketahui oleh keluarga sahaja tetapi berbeza dengan Anju yang terbuka menceritakan kepada umum.
Aku belum kahwin lagi dengan kau, baru bertunang. Apa akan jadi kalau aku kahwin, benda ni jadi dalam hidup aku. Kau memburukkan aku semua, kau nak hantar duit kau dekat aku. Eh tak payah lah. Aku tak nak duit kau, duit aku bersepah. Jangan ingat apa yang kau cakap semua betul dan kau fitnah aku secara tak langsung buka aib aku. Tak kahwin lagi dah buka aib.
Aku bukan biawak hidup, aku ada hutang dengan kau ke? Aku bantu kau lagi bina pagar rumah RM100k. Aku nasihatkan jaga lah mulut baik-baik, jangan buka aib. Kalau kau try cucuk aku buka aib, aku pun boleh buka aib.
Akhir sekali, Khazrul menafikan dakwaan Anju yang menuduhnya ‘mencuri’ pengikutnya di media sosial.
Kau jangan sebut-sebut nama aku, mungkin sebab dalam tiktok aku ada nama kau. Tak boleh delete, tunggu lagi 18 hari baru aku boleh tukar nama tu. Aku rasa kau berubah lah, bertakwa lah kepada Allah. Sebab kau orang perempuan, kau boleh berubah dari sekarang.
Sumber: Datuk Seri Khazrul Elzey