berita

Awak Tamatkanlah Dengan Redha – Pesanan Tunang Seakan Tahu Bakal Bertemu Ajal…Sebak!

August 5th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

anggota polis maut header

Tidak dapat kami bayangkan ujian yang terpaksa ditempuhi apabila tiba-tiba mendapat berita kehilangan orang tersayang. Namun, rezeki, ajal, jodoh dan maut sudah ditentukan Allah SWT. Sebagai hambaNya, kita hendaklah menerima dugaan dengan redha.

Sebak hati kami membaca pesanan tunang dan status di laman sosial seorang anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 104.1, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 30 Julai baru-baru ini. Tambah menyedihkan apabila arwah seakan-akan mengetahui umur sudah tidak panjang.

Dari mula kenal awak, dah memang selalu awak cakap pasal kematian

1

Dari mula kenal awak, dah memang selalu awak cakap pasal kematian, selalu ingat tentang kematian sejak mula kenal sehinggalah hari terakhir awak dengan saya. Banyak pesanan yang awak tinggal untuk saya. Kata-kata awak semua menunjukkan yang awak akan tinggalkan saya untuk selamanya. 6 bulan awak tinggal saya semasa di Pulapol. Saya cuba kuatkan semangat tapi saya masih mampu bertahan, sabar menanti sebab hari-hari awak call saya, tanya khabar. Tapi sekarang, awak dah tinggal saya untuk selamanya tanpa berita tanpa suara awak.  Saya tak pasti saya mampu ka tak untuk semua ni. Terlalu cepat awak pergi sehingga sekarang saya rasa ini semua mimpi. Saya tak sangka awak. Lepasni takkan ada lagi yang call sy, mesej saya tanya saya macam-macam, gurau dengan saya, selalu bagi nasihat, pesanan untuk saya. Saya dah hilang segala-galanya. Saya rasa menyesal sebab tak mampu nak balas segala kebaikan awak tapi sekarang saya hanya mampu berdoa untuk awk. Semoga awak tenang disana.

Alhamdulilah hajat dah sampai doa dah dimakbulkan Allah, boleh tutup mata rapat dah

2

collage

“Adalah Pasti Akan Pergi, untuk Kembali KepadaNya”
Saya redha awak. Terima kasih jugak kerana hadir dalam hidup saya walaupun hanya sementara di dunia ini. Semoga kita berjumpa lagi di akhirat kelak, iaitu di SyurgaMu Ya Allah. Insyallah Aamiin.

Moga di sana syurga yang abadi, kita berkumpul bersama kembali

8

sumber: Puteri Nisha

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×