Kerana kecewa dengan proses perniagaan yang didakwa tidak dilaksanakan dengan jujur, pengacara, Awal Ashaari mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam perniagaan kopi yang diusahakan bersama seorang rakan perniagaan sejak Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Program Ramadan Madani: Buletin FM & Usanita Sumbang 1,200 Kotak Makanan & Juadah Iftar
Artikel Berkaitan: Kool 101 & Usanita Edar 10,000 Jalur Gemilang Di Sekitar Starhill
Undur diri
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Awal berkata, dia sedang menuntut hak yang sepatutnya diterima sepanjang hampir lapan bulan terbabit dalam perniagaan kedai kopi yang beroperasi di Shah Alam, Selangor itu.
Kedai kopi ini adalah satu usaha sama yang dibuat di atas persetujuan dua pihak, tapi ia tidak dilaksanakan dengan jujur sehingga membuatkan saya berkecil hati dan ambil keputusan untuk mengundur diri.
Dengan keputusan ini, saya hanya ingin menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada saya. Selama ini saya mengambil sikap berdiam diri kerana ingin perkara ini diselesaikan secara baik, tapi tidak mendapat sambutan sehingga seperti biasalah saya terpaksa menggunakan peguam untuk menuntut hak.
Sekarang ini semuanya masih dalam proses perbincangan antara peguam kedua belah pihak. Tapi saya baru dapat tahu daripada peminat yang kedai itu sudah tiada. Saya pun tak tahu situasi kedai itu sekarang kerana saya memang sudah lama tidak berhubung dengan individu.
Tambah Awal, dia berasa kecewa apabila perniagaan yang dibuat kerana minat terhadap kopi itu dambil kesempatan.
Saya berikan sepenuh hati untuk usaha sama ini dan sumbangan yang sewajarnya, tapi sebaliknya yang berlaku. Jadi saya pun enggan panjangkan isu ini dan ambil keputusan untuk tidak terbabit dan berdiam diri.
Sebelum itu saya sudah bertemu dengannya untuk keluar dari perniagaan ini dan saya cuma tuntut hak saya. Tapi sampai hari ini saya belum terima sehingga terpaksa minta bantuan pihak guaman.