berita

Fenomena iPhone 6 Percuma Bikin Selebriti Mengamuk

November 19th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-11-18 at 11.49.15 PM

I get free iPhone 6 Silver from @freeapplenow“. Secara tiba-tiba statement tersebut jadi popular di ruangan komen Instagram para selebriti.

Malah, para selebriti pun sudah mula ‘mengamuk’ kerana ruangan komen Instagram mereka bagaikan di’spam‘ menggunakan statement tersebut. Lagi teruk daripada online shop tau!

Antara mereka yang naik angin adalah Awal Ashaari, Aznil Haji Nawawi, Wak Doyok dan juga Yana Samsudin. Malah, kami rasa mereka tidak akan ragu-ragu untuk block akaun individu-individu terbabit jika fenomena pelik ini berterusan.

IPHONEBila kami buat sedikit penyiasatan, rupa-rupanya ia berpunca daripada akaun Instagram Freeapplenow yang kononnya menawarkan iPhone percuma jika mereka menulis statement berkenaan di 5 akaun Instagram yang popular. Jadi, dah tentulah artis yang jadi mangsa kan?

Screen Shot 2014-11-18 at 11.25.41 PM

Tapi, kami pun kurang pasti sama ada tawaran tersebut adalah betul-betul ataupun palsu. Hurm.. Ada ke para pembaca OHBULAN! yang dah dapat iPhone free seperti yang digembar-gemburkan tu? Kalau ada, komenlah kat bawah ni.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×