berita

Awal, Scha Akhirnya Dedah Nama Penuh Baby ‘L’

March 12th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Selepas hampir sebulan merahsiakan nama cahaya mata kedua, pasangan pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari, akhirnya mendedahkan nama penuh anak mereka iaitu Lyla Amina. Pendedahan tersebut dibuat secara eksklusif menerusi program SchaAwal Baby Boom 2021 semalam.

Lyla Amina

Sebelum ini, Awal Ashaari pernah mencadangkan nama anak kedua mereka sama dengan anak sulungnya, Lara Alana yang kini sudah berusia 7 tahun. Tambahnya lagi, nama ini juga diinspirasi daripada cadangan Lara sendiri yang sering memanggil adiknya Layla.

Lara mulanya mencadangkan nama Layla tapi kami tukar sikit agar sesuai dengan namanya. Kemudian kami tambah Amina kerana maksudnya yang baik iaitu jujur, setia serta merupakan nama ibu kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad.

Dia turut berharap agar keberkatan nama tersebut boleh membawa kebaikan buat anaknya. Dalam pada itu dia berharap agar orang ramai mendoakan Lyla Amina menjadi anak solehah.

Ramai puji nama sedap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Rata-rata di ruangan komen memuji nama yang diberikan oleh pasangan ini kepada cahaya mata kedua mereka yang membawa simple tapi memberi makna yang cukup mendalam.

Sedapnya nama, pandai Awal dan Scha pilih. Semoga Lyla Amina menjadi anak solehah.

Terdahulu, Scha dan Awal hanya memanggil anak keduanya dengan nama Baby L. Anak kedua pasangan selebriti itu dilahirkan pada 12 Februari lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012 dan  mendapat cahaya mata sulungnya, Lara Alana pada 22 Julai 2014.

Sumber : Awal Ashaari

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×