Pemilik stesen televisyen Awesome TV, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed menjelaskan segala bayaran tertunggak yang membabitkan beberapa selebriti sudah dilunaskan.
Artikel Berkaitan: Diva AA Enggan Dedah Punca Digugurkan Dari Mengacara Program Mic On! – ‘Sudahlah Bayar Ciput, Saya Tak Hadap’
Artikel Berkaitan: Ali Puteh Catu Duit Dua Tahun, ‘Job’ Terakhir RM300
Yang tertunggak sudah lunas
Ketika ditemui OhBulan!, Mohamed Ilyas bagaimanapun tidak menafikan pernah berlaku kelewatan sewaktu proses pembayaran kepada artis yang sudah bekerjasama dengan stesen tersebut.
Berkenaan lambat bayaran kepada artis memang ada betulnya. Sebab dalam perniagaan pembayaran kredit kepada penerima ada tempoh masanya, kadang kala ambil masa 60 hari, 90 hari atau lebih lagi.
Yang bayaran tertunggak semua sudah selesai dah. Mereka (artis) kadang tidak sabar mahukan duit. Memang pihak kami akan bayar. Isunya bukan tidak bayar tetapi lambat. Rasanya kebanyakkan stesen TV juga begitu.
Pihak TV dapat duit daripada advertisement, tunggu bayaran daripada advertisement. Kalau tidak dapat lagi macam mana nak bayar artis.
Mohamed Ilyas berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya KPAB, yang berlangsung di Concorde Hotel Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohamed Ilyas berkata dia tidak mengambil hati mengenai isu tersebut dan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana artis pada masa akan datang.
Pihak kami tidak pernah mengambil hati dengan sesiapa termasuk artis yang pernah bersuara dengan Awesome TV. Semua ini komersial. Perlu berbaik dengan semua pihak.
Sementara itu, disoal mengenai reputasi Awesome TV, Mohamed Ilyas menjawab reputasi pihaknya masih dalam keadaan baik.
Reputasi Awesome TV bergantung kepada sama ada masih ke udara atau tidak. Kalau masih ke udara itu bermaksud reputasi masih baik.
Apa penonton mahu, Awesome TV akan beri. Kalau mahu hindustan akan disajikan hindustan.