Bagaikan masih terbayang-bayang persembahan Awi Rafael bersama Altimet di Anugerah Juara Lagu yang lalu. Seluruh stadium gamat bila lambakan ‘duit’ dilihat jatuh daripada langit.
Dilihat kini bebas daripada kontroversi cinta, Awi ketika ditemui semalam memberitahu bahawa dia lebih fokus untuk mencipta nama di persada seni tanah air. Single dan private katanya.
Namun, baru-baru ini, kami ada terdengar desas-desus bahawa Awi lewat untuk menghadiri sesi interview dengan sebuah stesyen radio yang telah dijadualkan pada waktu pagi. Betul ke?
Awi Rafael rasa bersalah kerana lewat hadir ke stesyen radio berkenaan
“Selepas 4 tahun, setahun ada 365 hari. Bayangkan setahun ada 80 interview, kali dengan 4 tahun dan semuanya ada 320 interview, itulah terjadinya sekali. Yang lain tak pernah lambat.
Kadang-kadang Awi terbangun lambat sebab ada recording. Memang Awi rasa bersalah, tapi masalah itu sudah pun diselesaikan dengan pihak-pihak yang terlibat. Stesyen radio itu pun masih menyokong karier Awi dan begitu juga sebaliknya. Jadi Awi rasa tiada masalah.”
Baguslah kalau Awi mempunyai rekod cemerlang seperti itu. Harapnya dapat dikekalkanlah ya! Bukan apa, sekarang jadi habit pula di kalangan artis Malaysia untuk lambat hadir ke mana-mana majlis atau temujanji. Bila makin popular makin lambat? Eh.