Selaku pengajur Rock Warrior Music Festival, penyanyi Datuk Awie hampir mati akal mencari lokasi bagi penganjuran konsert tersebut yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 November depan.
Artikel Berkaitan: ‘Rock Warrior Music Festival’ Bakal Beri Pengalaman Muzik Yang Tiada Tandingan Kepada Semua Peminat Rock
Artikel Berkaitan: Dipuji Masih Boleh ‘Tarik’ Lagu Nada Tinggi, Awie Syukur Konsert Di Singapura & Kuala Lumpur Dapat Sambutan
Lokasi konsert
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 55, berkata, masalah itu timbul disebabkan terdapat pihak penganjur yang sudah menempah lokasi konsert namun tiada perancangan untuk mengadakan sebarang festival.
Ini kerana, pihak penganjur berkenaan mengambil kesempatan terhadap inisiatif yang diberikan kerajaaan.
Sebenarnya masalah lokasi sudah dirintihkan dan bercakap dengan pihak tertentu. Di mana keistimewaan penyanyi tempatan? Kalau dilihat barisan artis untuk Rock Warrior Music Festival ini sangat hebat. Tetapi apabila mahu adakan konsert untuk mereka tiada lokasi.
Selepas kerajaan umum ‘free tax’ di kawasan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor untuk lokasi konsert, ada penganjur yang sudah berebut-rebut tempah vanue tetapi belum tahu nak anjurkan konsert apa.
Itu yang membuatkan pihak saya sedikit pening kepala untuk anjurkan konsert Rock Warrior Music Festival. Objektif konsert ini adalah untuk memastikan artis kita tidak hilang. Tetapi kemasukan artis luar penuh buat konsert di KL, jadi ke mana artis kita mahu pergi?
Awie berkata demikian ketika ditemui di sidang media Rock Warrior Music Festival yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Isnin.
Bawa masuk artis luar
Dalam pada itu, Awie turut menasihati pihak penganjur di luar sana agar tidak membawa masuk penyanyi antarabangsa yang sama berulang kali.
Sebaliknya, memberi peluang kepada penyanyi dan band tempatan untuk beraksi di festival besar.
Kepada pengajur konsert pula, janganlah bawa penyanyi luar yang sama berulang kali sampai setahun dua tiga kali penyanyi yang sama. Cuba lah juga bawa penyanyi tempatan. Ramai penyanyi dan band hebat.
Sebelum putuskan untuk buat di KL Base Sungai Besi, ada beberapa lokasi cadangan seperti Bandar Malaysia, Zeep KL, Mega Star Arena tetapi macam tidak sesuai selain harga tapak yang dikenakan.
Jadi KL Base Sungai Besi adalah pilihan terbaik dengan keadaan lokasi yang terbuka sesuai dengan konsep konsert untuk pengunjung berseronok.
Rock Warrior Music Festival
Rock Warrior Music Festival dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah (RPM) milik lagenda rock Datuk Awie.
Festival yang diadakan buat julung kali ini menampilkan barisan artis rock terkemuka tanah air seperti Wings, Search (Kid & Din) dan XPDC Militia.
Tidak ketinggalan turut serta ialah Spider, Pop Shuvit dan A.C.A.B. Kesemuanya akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka dari era kegemilangan rock sehingga era kini.
Tiket Rock Warrior Music Festival sudah mula dijual sejak 7 September lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web https://rockwarrior.ubertickets.asia.
Harga tiket untuk dua hari iaitu Gold (seated) RM250, Silver (standing) RM200 dan Bronze (standing) RM150. Menariknya, pembeli tiket RM150 dibolehkan membawa kerusi healing/camping untuk menyaksikan persembahan artis.
Sementara itu, mana-mana band yang ingin menyertai Pentas Rock Hero boleh menghantar demo atau video melalui e-mel [email protected] atau WhatsApp ke 012 – 243 9856 / 019 – 372 1756.