berita

AXN Hidang Pelbagai Rancangan Untuk Bulan Ramadhan & Aidilfitri

June 18th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-06-18 at 12.57.34 PM

Buat kakak-kakak yang bakal sibuk buat kuih mahupun yang bertungkus-lumus siapkan tempahan baju raya customer, nampaknya rutin anda semua bakal ditemani dengan rancangan menarik sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Mana taknya, berderet-deret rancangan menarik yang telah disusun oleh AXN khas untuk memenuhi kehendak para penonton semua.

Nah, kami sediakan jadual untuk para pembaca kesayangan semua. Tapi sedang syok tengok TV, jangan sampai tinggal terawih pula ye?

Screen Shot 2014-06-18 at 12.59.14 PM

Supernatural season 9 bakal ditayangkan pada 22 Julai depan

Penonton akan dihiburkan dengan filem The Dark Knight pada 6 Julai, jam 8.10 malam. Seterusnya, Supernatural Season 9 ( 22 Julai, 10.00 malam), Blue Bloods ( 22 Julai, Isnin hingga Khamis jam 10..55 malam) dan Straw Dogs (25 Julai, 10.00 malam).

Ha? Tak cukup lagi? AXN juga bakal menghidangkan rancangan menarik bersempena dengan rancangan Hari Raya Aidilfitri antaranya ialah Total Blackout ( 28 & 29 Julai, 1.55 petang), 30 Minutes or Less ( 28 Julai, 4.30 petang) dan The International (29 Julai,  4.00 petang).

Selain itu, Jack and Jill (29 Julai, 8.05 malam), Ghostbusters ( 29 Julai, 6.10 petang), Click ( 28 Julai, 7.55 malam), Men in Black ( 28 Julai, 6.00 petang), Cyril’s Family Vacation (28 & 29 Julai, 2.50 petang) dan Caught Red Handed (28 & 29 Julai, 12.00 tengahari).

Eh. Lupa pula nak beritahu yang semua rancangan ini boleh ditonton menerusi channel AXN (Astro Ch701) & AXN HD (Astro B.yond Ch721).

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk tonton semua program menarik yang telah dijadualkan untuk anda semua!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×